Komuniti
FELDA Jelai mempunyai empat gugusan FELDA iaitu FELDA Jelai
1, FELDA Jelai 2, FELDA Jelai 3 dan FELDA Jelai 4, Setiap gugusan FELDA Jelai
mempunyai aktiviti kemasyarakatan dan kesukanan yang dianjurkan oleh setiap
ketua blok yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Rancangan (JKKR). Kebanyakan peneroka di FELDA Jelai mengutamakan aspek
kejiranan dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana semangat kejiranan adalah
asas yang paling penting untuk membentuk peneroka FELDA Jelai hidup bersatu
padu dan saling membantu.
Peneroka FELDA Jelai sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan
kesukanan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Rancangan
(JKKR). Aktiviti sukan yang diadakan seperti pertandingan bola sepak dan
badminton dapat mengeratkan hubungan antara peneroka di Gugusan FELDA Jelai.
Selalunya, dewan JKKR FELDA Jelai menjadi tempat warga peneroka berkumpul untuk
bermesyuarat dan merancang aktiviti dan program tahunan. Aktiviti sukan dan
kemasyarakatan merupakan acara tahunan yang diadakan saban tahun dengan harapan
peneroka dan JKKR dapat bersatu-padu dalam memupuk sifat kejiranan.