Maklumat Tempatan
Pusat Internet Komuniti Felda Jelai Empat
Komuniti di sini yang majoriti adalah penoreh getah merupakan komuniti yang mesra dan berfikiran terbuka walaupun mereka adalah penduduk luar bandar. Kehadiran Pusat Internet Komuniti Felda Jelai 4 mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan implikasi dari penubuhan Pusat Internet Komuniti Felda Jelai 4 ini telah berjaya melonjakkan komuniti setempat ini ke satu fasa teknologi yang seiring dengan penduduk di bandar. Sekaligus menjadikan objektif utama penubuhan Pusat Internet yakni ingin merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan di bandar ternyata terlaksana.
Lokasi | Pusat Internet Komuniti Felda Jelai Empat |
Mukim | Tampin |
Daerah | Gemas |
Negeri | Negeri Sembilan |
Populasi | 3821 orang |
Lat/Long Pi1M | 2.649 / 102.47 |
Aktiviti Utama | Menoreh Getah |
Jumlah Keahlian | 1797 orang (setakat Januari 2021) |
Pemberi Perkhidmatan | Celcom Axiata Berhad |
Laman Sesawang | https://www.facebook.com/pusatinternetkomunitifeldajelai4 |
Wifi Komuniti | Pusat Internet Komuniti Felda Jelai 4 |