Ke Pusat Internet Lain
Felda Jelai 4
Pusat Internet Komuniti (f) Jelai 4 merupakan pusat sehenti bagi seluruh komuniti Felda Jelai untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan ICT yang disediakan oleh pihak kerajaan. Objektif utama PIK (F) 4 diwujudkan adalah untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan penduduk di bandar.
Perkhidmatan yang disediakan :
1) Perkhidmatan internet berkelajuan sehingga 8Mbps
2) Kelas-kelas komputer secara percuma untuk ahli (umur 7 tahun dan ke atas)
3) Kemaskini borang online (pendaftaran pra-sekolah, bantuan dari kerajaan, borang nikah)
4) Perkhidmatan MyEG
5) Fotostat dan pencetakan
6) Membaik pulih peralatan komputer
7) Informasi keusahawanan
8) Menaip surat, kertas kerja dan dokumen rasmi
Waktu operasi adalah setiap hari dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang (kecuali cuti umum)
Hadapi Masalah? Rujuk Panduan
- Log Masuk
- Daftar Akaun Baru