Berita Terkini

PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE

23 July 2017 | Berita Terkini

TARIKH: 22 JULAI 2017   MASA   : 10.00 PAGI – 4.00 PETANG    Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal yang mulia ini, PI1M telah mengadakan satu Pertandingan Puzzle Online untuk penguna-penguna PI1M dari kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Ianya bertujuan untuk mengisi masa cuti hujung minggu dengan aktiviti yang berfaedah di sini selain kelas dan penggunaan komputer.                 Pertandingan yang bermula pada jam 10.00 pagi di mulakan dengan sesi pendaftaran peserta. Kemudiannya setiap peserta akan diberikan kertas yang tertera masa mula dan masa tamat sebagai pengiraan masa untuk menyiapkan puzzle online masing-masing. Tiada masa... read more

MARHABAN RAYA

21 July 2017 |

TARIKH: 15hb Julai 2017  MASA   : 9.00 PG – 11.00 PG Bersempena dengan bulan syawal, pihak Pi1M Felda Kahang Barat telah berbesar hati menerima kunjungan marhaban dari warga Sek. Agama Felda Kahang Barat. Program ini merupakan satu pendekatan dari pihak PI1M Felda Kahang Barat untuk menyemarakkan sambutan hari raya aidilfitri di Pi1M. Selain dapat mengeratkan silaturrahim, program ini memberi peluang kepada ibu bapa dan guru-guru  berkunjung ke Pi1M serta  melihat sendiri kemudahan ICT yang disediakan untuk  komuniti di Felda Kahang Barat. Ini dapat menggalakkan mereka untuk memanfaatkan kemudahan di Pi1M pada masa depan. Marhaban... read more

PERTANDINGAN SAMPAIKAN SALAM

22 June 2017 |

               Pada  16hb Jun 2017 yang lalu,  pertandingan ‘Sampaikan Salam’ telah diadakan khusus kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Pertandingan ini berlangsung di Pi1M Felda Kahang barat dari jam 10.00 pagi sehingga 4 petang dengan penyertaan seramai 15 orang pelajar.                Di dalam pertandingan ini para pelajar perlu menghasilkan kad ucapan hari raya dengan kata-kata indah dan dekorasi yang menarik. Pelajar bebas menggunakan sebarang perisian yang telah mereka pelajari di PI1M, samada photoscape, MS Office, paint dan lain-lain. Pemarkahan... read more

PERTANDINGAN BIJAK JAWI

20 June 2017 | Berita Terkini

TARIKH: 13 MEI 2017     MASA   : 10.00 PAGI – 4.00 PETANG    Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, Pusat Internet 1 Malaysia Kahang Barat telah mengadakan satu pertandingan Bijak Jawi. Ianya diadakan pada hari sabtu dan bersesuaian dengan hari cuti sekolah yang telah bermula.                 Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa lapang peserta-peserta pada cuti sekolah yang panjang ini yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah. selain itu, ianya juga untuk menerapkan kemahiran menulis bahasa jawi yang telah di pelajari di sekolah agama.                 Pada permulaan, peserta akan mendaftar untuk... read more

Pertandingan Photo Cun!

31 May 2017 | Berita Terkini

TARIKH: 13 MEI 2017   MASA   : 10.00 PAGI – 4.00 PETANG    Bersempena cuti hujung minggu lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Kahang Barat telah mengadakan satu pertandingan Photo Cun untuk golongan dewasa. Pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik golongan dewasa yang terdiri dari surirumah dan belia untuk turutserta dan datang ke PI1M.                 Pertandingan ini adalah terbuka kerana peserta boleh menghantar hasil editing Photo Cun tersebut dengan menggunakan kemudahan whatsapp. Pendaftaran juga dibuat semasa gambar dihantar dengan di sertakan nama dan no kad pengenalan. Antara syarat yang dikenakan adalah peserta perlulah menggunakan... read more

PROGRAM SEMBANG SANTAI

25 May 2017 |

               Pada 19hb Mei 2017,  satu program berbentuk dialog telah dijayakan dengan kerjasama  Pi1M Felda Kahang Barat dan juga KAF (Persatuan Kami Anak Felda). Program ini bertujuan untuk menemukan barisan kepimpinan generasi muda dan juga merupakan usahawan IKS bagi membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan sosiekonomi di Felda Kahang Barat. Pihak Pi1M mengambil kesempatan ini juga untuk beramah mesra dan mengenali pemimpin-pemimpin dalam komuniti ini dengan lebih rapat.                Seramai 10 orang telah menghadiri program ini. Disebabkan kekangan masa ia terpaksa diadakan pada sebelah malam. Walaupun demikian,... read more

GURUKU INSPIRASIKU

25 May 2017 |

              Pada 12hb Mei 2017,  satu pertandingan bersempena dengan sambutan hari guru telah diadakan di Pi1M Felda Kahang Barat iaitu pertandingan mereka kad  ‘guruku inspirasiku’. Pertandingan yang terbuka kepada pelajar ini bertujuan untuk mendidik para pelajar menghargai jasa guru. Seringkali kita mendengar berita yang kurang menyenangkan berkenaan perilaku kurang sopan pelajar terhadap guru, oleh itu program ini diadakan oleh pihak Pi1M sebagai inisiatif untuk mewujudkan sikap menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh guru-guru pada hari ini di dalam melahirkan insan yang seimbang rohani dan jasmani.  ... read more

PERTANDINGAN SENI KAYU AISKRIM

30 April 2017 | Berita Terkini

TARIKH: 15 APRIL 2017   MASA   : 10.00 PAGI – 4.00 PETANG    Bersempena cuti hujung minggu lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Kahang Barat telah mengadakan satu pertandingan Seni Kayu Aiskrim. Pertandingan ini diadakan adalah bagi mengisi masa lapang bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di PI1M.                 Pertandingan yang bermula pada jam 10.00 pagi ini dimulai dengan sesi pendaftaran peserta. Kemudiannya peserta yang telah mendaftar akan mendapat satu set kayu aiskrim yang terdiri dari kayu aiskrim, gam, kertas warna dan gunting. Peserta juga dibenarkan untuk menggunakan bahan tambahan bagi menghasilkan seni yang... read more

PERTANDINGAN MENCIPTA PANTUN

31 March 2017 |

Program ini adalah bertujuan untuk mengajak para pelajar mempelajari cara menghasilkan pantun yang baik supaya kesenian ini dapat dipertahankan dalam kalangan generasi muda. Tema yang ditetapkan untuk pantun yang dihasilkan ialah ‘saya sayang Pi1M’. Pelajar perlu memasukkan perkataan Pi1M dan ayat yang mencerminkan sokongan mereka kepada Pi1M. Sebelum itu, petugas Pi1M telah memberikan terlebih dahulu penerangan ringkas berkenaan pantun dan cara menghasilkan pantun yang baik.           Bersesuaian dengan cuti ujung minggu, pertandingan telah dimulakan seawal 9 pg dan berakhir pada jam 5 petang. Seramai 15 orang pelajar telah... read more

Bengkel Ibubapa Dan ICT

29 March 2017 | Berita Terkini

TARIKH: 25 MAC 2017   MASA   : 2.00 PETANG – 5.00 PETANG   Bersempena hari cuti hujung minggu lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Kahang Barat telah mengadakan satu Bengkel Ibubapa Dan ICT bersama ibubapa yang terdiri daripada penduduk terdekat Felda Kahang Barat. Mereka juga merupakan ibubapa kepada pengguna PI1M yang kerap datang dan menggunakan kemudahan yang ada.             Bengkel yang bermula pada jam 2.00 petang dimulai dengan sesi pendaftaran para peserta yang hadir. Di dalam bengkel yang dihadiri oleh 10 orang peserta ini, ianya dimulakan dengan sesi pengenalan PI1M kepada mereka yang belum pernah datang... read more