PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

26 November 2016 | Berita Terkini

TARIKH: 26 NOVEMBER 2016  

 

MASA   : 10.00 PAGI – 4.00 PETANG 

 

Bersempena cuti sekolah akhir tahun yang telah bermula, Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan satu pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi di PI1M. Pertandingan ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar dan murid untuk berfikir secara pantas dan cepat kerana peserta hanya diberikan pembayang perkataan yang perlu dicari.

                Pertandingan yang bermula seawal jam 9.00 pagi ini menarik 20 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah berhampiran. Peserta-peserta dilihat juga sangat bersemangat untuk menyertai pertandingan ini dengan datang lebih awal. Antara syarat yang diberikan adalah peserta perlu mencari sebanyak mungkin perkataan yang terdapat didalam kertas yang disediakan.

Masa juga tidak dihadkan dan peserta dikehendaki untuk menghantar semua penyertaan sebelum jam 4.00 petang untuk sesi semakan dan penyampaian hadiah. Pelbagai gelagat peserta yang dilihat ketika didalam pertandingan ini, selain dapat membantu peserta lebih fokus, pertandingan ini dapat mengisi masa lapang semasa cuti sekolah ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah di PI1M ini.

                Aktiviti yang berakhir dengan sesi penyampaian hadiah ini iaitu pada jam 4.00 petang mendapat sambutan yang menggalakan oleh pengguna PI1M yang sering datang kesini. Pihak PI1M berharap dapat mengadakan aktiviti bermanfaat seperti ini lagi dengan kerjasama pengguna-pengguna PI1M sebagai pembakar semangat untuk PI1M kelak.