PERTANDINGAN RAJA PUZZLE

19 December 2016 | Berita Terkini

TARIKH : 18 DISEMBER 2016

MASA   : 10.00 PAGI - 4.00 PETANG

Bersempena musim cuti sekolah yang sedang berlangsung, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) telah mengadakan satu pertandingan iaitu Pertandingan Raja Puzzle. Ia bertujuan untuk mengisi masa lapang yang ada dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Ianya telah diadakan dengan jayanya yang telah di sertai oleh peserta yang terdiri dari pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.

                                Pertandingan yang bermula seawal jam 10.00 pagi telah menarik ramai peserta untuk memeriah pertandingan ini. Pada permulaan peserta akan mendaftar sebelum menyertai dan setiap peserta yang telah mendaftar akan diberikan satu kad yang terkandung waktu mula dan waktu tamat. Ini untuk mengira masa yang diambil oleh peserta bagi menyiapkan satu set susunan puzzle yang telah diberikan.

Peserta boleh mengikuti pertandingan ini pada sesi pagi atau sesi petang kerana masa yang diberikan tiada had dan perlu selesai sebelum jam 4.00 petang iaitu sebelum penyampaian hadiah dijalankan.

                Set puzzle yang diberikan terdiri dari pelbagai jenis gambar yang boleh dipilih dan mempunyai 100 keping untuk dicamtumkan. Setiap peserta dibenarkan menyertai sebanyak mana yang mereka mahu tetapi hanya satu masa yang terpantas akan dipilih. Oleh sebab itu, ramai peserta yang menyertai berulang kali bagi mendapatkan masa terpantas.

                Pertandingan ini berakhir pada jam 4.00 petang dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang bertuah yang berjaya menyiapkan susunan puzzle seawal 20 minit sahaja. Pihak PI1M berharap dapat mengadakan lebih banyak aktiviti yang lebih menarik dan berguna untuk pengguna PI1M pada masa akan datang.