Usahawan : Pembinaan Lan Nur

20 December 2016 | Berita Terkini

Nama Pengusaha         : Azlan Bin Abdullah

Nama Perniagaan         : Pembinaan Lan Nur

Umur                            : 35 Tahun

Alamat Perniagaan       : No. 1081, Jalan Limau Manis, Felda Kahang Barat, 86000 Kluang, Johor.

Perincian Perniagaan   : Menjalankan perkhidmatan membuat, membaikpulih rumah, memasang mozek dan sebagainya.

Perniagaan ini telah diasaskan oleh En Azlan Bin Abdullah yang merupakan anak jati Felda Kahang Barat. Beliau yang berusia 35 tahun ini telah menjalankan perniagaan lebih dari 5 tahun. Sebelum ini beliau hanya bekerja makan gaji di dalam bidang yang sama.

            Antara kepakaran beliau dalam perniagaan ini adalah membuat, membaikpulih rumah, memasang mozek dan sebagainya. Kebanyakan permintaan perkhidmatan beliau datangnya dari di dalam kawasan Felda dan ada juga permintaan dari luar.

            Harga yang ditawarkan juga lebih murah dan berpatutan berbanding harga diluar. Kebiasaannya sebelum sebarang pembinaan atau kerja dijalankan, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pemilik rumah atau tempat yang mahu dibangunkan tentang semua aspek antaranya harga barang, harga upah, tempoh masa yang akan diambil untuk siap serta design yang diingini.

 

Perniagaan ini dijalankan dirumah memandangkan ia dapat menjimatkan kos dan mudah untuk pelanggan yang datang dari kawasan terdekat untuk bertemu dengannya. Ianya beralamat di No. 1081, Jalan Limau Manis, Felda Kahang Barat, 86000 Kluang, Johor. Beliau berharap dapat mengembang lagi bakat yang ada diluar kelak.