PERTANDINGAN ANYAMAN TIKAR

28 December 2016 |

TARIKH: 23 DISEMBER 2016

MASA   : 10.00 PAGI – 4.00 PETANG

            Sebagai mengisi masa cuti sekolah, pihak Pi1M Felda Kahang Barat telah mengadakan pertandingan anyaman tikar yang terbuka kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah. Selain menguji kreativiti pelajar menghasilkan sesuatu hasil seni ia juga dapat menggalakkan pelajar mengaplikasikan internet dalam pembelajaran dan seni anyaman tikar ini satu contoh bagaimana mereka boleh mendapatkan bahan dan contoh menerusi internet.

           Pertandingan ini bermula dari jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4 petang. Seramai 17 orang pelajar telah mengambil bahagian. Semasa pertandingan, para pelajar dibenarkan untuk menggunakan enjin carian bagi mendapatkan contoh serta corak tikar yang  menarik. Petugas Pi1M sentiasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang pertandingan ini untuk memastikan para pelajar faham tentang teknik anyaman yang betul. Kebanyakkan pelajar sangat teruja kerana ada di antara mereka yang pertama kali membuat anyaman tikar. Sambutan adalah sangat memuaskan dan para peserta bersungguh-sungguh menghasilkan tikar masing-masing.

            Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kekemasan dan corak anyaman yang unik. Hadiah disediakan untuk pemenang pertama, kedua dan ketiga.  Pihak PI1M mengucapkan jutaan terima kasih diatas penglibatan dan kerjasama pengguna PI1M didalam melancarkan serta menjayakan pertandingan ini. PI1M juga berharap dapat meneruskan kerjasama ini pada masa akan datang.