Usahawan : Juita Ali

28 December 2016 | Berita Terkini

Nama Pengusaha         : Noorajuita Bt Ali

Umur                           : 32 Tahun

Alamat Perniagaan       : No. 1024, Jalan Cempedak, Felda Kahang Barat, 86000 Kluang, Johor.

Perincian Perniagaan   : Menjalankan perniagaan berasaskan roti dan kek serta membekal produk jamu tradisional.

Noorajuita Bt Ali merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan juga anak jati Felda Kahang Barat yang menjalankan beberapa jenis perniagaan seperti membuat kek dan roti serta menjual ubat-ubat jamu tradisional.

            Perniagaan ini dijalankan hanyalah dirumah iaitu di alamat No. 1024, Jalan Cempedak, Felda Kahang Barat. Ini bagi memudahkan beliau menguruskan urusan kerja dan urusan peribadi dalam satu masa. Segala urusan yang dijalankan dilakukan secara sendiri kerana beliau tidak mempunyai pembantu.

            Bagi produk kek dan roti yang disediakan adalah seperti kek batik, kek pelangi, kek jimat (budget), kek coklat cheese, roti chicken floss, roti manis, roti sosej, roti bun serta pizza homemade. Perkhidmatan penghantaran juga disediakan di dalam kawasan terdekat. Beliau juga ada menghantar produk roti ke kedai-kedai dan juga klinik terdekat. Ia diatas permintaan pembeli dan peminat hasil tangan beliau.

            Bagi produk jamu pula atau lebih di kenali dengan nama Jamu Tok Bidan (JTB), terdapat beberapa jenis produk yang dikeluarkan seperti produk kecantikan, produk untuk ibu berpantang dan bayi, produk untuk kesihatan dalam lelaki dan wanita serta keluarga.

            Dengan adanya kemudahan Wifi yang disediakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia, ini memudahkan lagi urusan untuk mempromosikan produk-produk yang ada menggunakan laman facebook sebagai medium terbaik. Bagi pelanggan yang berminat untuk mengetahui mengenai produk yang ada atau ingin membuat sebarang tempahan, boleh mengunjungi lama facebook iaitu di https://www.facebook.com/qaseh.mumy.