Usahawan : Usahawan Online Minyak Wangi Dexandra

28 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA                  :        PUAN NORZANA BINTI ISMAIL

UMUR                 :        37 TAHUN

LOKASI               :       1359, JLN RAMBUTAN

PEKERJAAN       :        BERNIAGA ONLINE (PAKAIAN DAN MINYAK WANGI DEXANDRA)

FACEBOOK        :         Ibunana Norzana ( https://www.facebook.com/aliyah.kaisyah?fref=ts )

 

              Puan Norzana atau dikenali sebagai Ibunana oleh rakan-rakan di media sosial dan juga di kalangan pelangan telah memulakan perniagaan secara suka-suka di wechat, instagram dan facebook. beliau memulakan perniagaan online dengan menjual pakaian lelaki dan wanita serta menjual aksesori wanita. Pada pertengahan tahun 2016 beliau menambah produk jualan dan menjadi agen untuk produk minyak wangi dexandra dan menjadikan sebagai produk jualan utama beliau. Pada awalnya beliau sekadar menjual dalam kalangan kawan-kawan dan juga penduduk sekitar tempat tinggal. Namun kini beliau telah berjaya menjual sehingga seluruh Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak.

             

              Antara faedah yang beliau dapati apabila berniaga secara atas talian ini adalah pasaran produk lebih meluas sehingga ke seluruh malaysia dengan kos yang rendah. Walaupun perniagaan online ini dijalankan secara sambilan namun ia telah dapat membantu meningkatkan pendapatan keluarga.  

                

             Puan Norzana juga pernah mengikuti kursus e-usahawan yang dianjurkan oleh pihak Pi1M di mana melalui kursus tersebut beliau telah mempelajari teknik pemasaran secara atas talian dengan lebih efektif. Melalui kursus tersebut beliau lebih mahir menggunakan media sosial seperti instagram dan facebook untuk tujuan pemasaran serta mempelajari teknik menyediakan bahan-bahan promosi yang lebih baik. Pada pendapat beliau perniagaan di atas talian adalah sangat mudah dan berkesan dan beliau bertuah kerana kemudahan wifi dan tunjuk ajar menerusi Pusat Internet 1 Malaysia.