Usahawan : ImaNea FOOD ZONE

28 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA                              :        NORNADIAH BINTI ISMAIL

UMUR                              :        28 TAHUN

LOKASI                           :        NO 2, JALAN SUKUN, QUATERS KOPERASI, (F) KAHANG BARAT

JENIS PERNIAGAAN       :        MAKANAN

FACEBOOK                     :        NorNadiah Hj Ismail (https://www.facebook.com/ibu.iman.5 )

 

             Puan Nornadiah telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sejak awal Januari 2016 sehingga kini.  Nama perniagaan yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia iaitu WANADIA IMANEA ENTERPRISE (No. Pendaftaran : JM 0762515-U) pada 18hb April 2016. Pada permulaan, beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan di hadapan rumah dengan menjual makanan ringan dan ringkas seperti steamboat cucuk, beger aiskrim dan  lekor cheese ball. Bermula pada penghujung 2016 beliau menambah produk jualan mengikut ‘trend’ semasa iaitu kuih tako, karipap ikan, ikan pekasam, pau cendawan, dan juga pisang salai, permintaan amat mengalakkan setelah beliau promosikan produk tersebut melalui facebook. Selain dari facebook beliau turut aktif memasarkan produk di instagram.  Dengan adanya produk makanan yang boleh di hantar secara pos, pasaran perniagaan beliau telah berkembang di luar kawasan Kluang. Setelah mula dikenali di media sosial, hari ini beliau mengorak setapak lagi dengan khidmat ‘catering’ untuk makan berdamai pengantin. Pelangan boleh menghubungi beliau hanya melalui facebook, instagram atau whattsapp. Segalanya di hujung jari dan menjimatkan kos.

             Menurut Puan Nadiah, pada mulanya pasaran hanya tertumpu di sekitar Daerah Kluang, Johor. Namun kini pasaran perniagaan beliau meluas di seluruh Malaysia. Beliau bersyukur kerana Felda Kahang Barat mempunyai capaian internet yang baik, kemudahan wifi percuma dan kemudahan Pusat Internet 1 Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan-usahawan online seperti beliau.