Usahawan : Perunding Insuran

29 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

             Puan Zurina Binti Ahmad atau lebih mesra dipangil Ina dikalangan pelangan dan kawan-kawan merupakan graduan master sains komunikasi korporat dari Universiti  Pertanian Malaysia tahun 2004. Beliau merupakan tutor separuh masa di OUM sejak tahun 2004 sehingga sekarang.

             Memulakan kerjaya sebagai perunding insuran takaful pada tahun 2001 dengan kaedah konvensional iaitu bertemu pelangan secara bersemuka dan mempromosikan insuran secara konvensional juga, banyak perbezaan dengan kaedah pemasaran pada hari ini. Dengan bantuan teknologi dan media sosial, beliau kini dapat mempromosikan diri beliau sebagai perunding takaful dengan lebih mudah. Hanya membuat ‘posting’ terkini dari semasa ke semasa menerusi facebook dan Instagram, malahan pelangan juga boleh bertanya dan mendapatkan penerangan dengan hanya menggunakan aplikasi whattsapp. Menurut Puan Zurina, ianya menjimatkan kerana dapat mengurangkan kos pengangkutan. Pelangan beliau kini di sekitar Kluang, Mersing dan Endau Rompin.

           Sesuai dengan keperluan semasa, Puan Zurina sentiasa memastikan beliau tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi digital. Oleh itu beliau memanfaatkan peluang yang ada dengan mengikuti latihan ICT di Pusat internet 1 Malaysia. Beliau menyatakan kepakaran beliau adalah memberi khidmat nasihat bagaimana keluarga yang disayangi boleh mengecap impian agar berbahagia dunia dan akhirat dengan berkongsi dalam program-program penyelesaian kewangan berlandaskan syariah. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi beliau melalui FB beliau https://www.facebook.com/zurinamd.ahmad?fref=ts .