Usahawan: SITI ATIKAH (Menjual Tudung Online)

29 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : SITI ATIKAH BINTI MOHD ALI

Umur : 27 TAHUN

Jenis Perniagaan: MENJUAL TUDUNG (ONLINE)

Facebook : https://www.facebook.com/siti.atikah.75/photos_all

Alamat : 1407, JALAN RAMBUTAN FELDA KAHANG BARAT

              Siti Atikah atau dikenali sebagai Ika merupakan anak jati Felda Kahang Barat, memiliki ijazah dalam pengurusan perniagaan dari UiTM membuatkan beliau minat untuk berniaga walaupun secara sambilan. Oleh itu beliau telah memulakan perniagaan secara atas talian pada awal tahun 2016. Bermula secara suka-suka menjual tshirt lelaki dan wanita, beliau menjadikan ia sebagai kerja sampingan sebagai mengisi masa terluang. Memiliki pekerjaan tetap di Liebherr Appliances Kluang Sdn. Bhd. menjual secara online ini hanya dilakukan pada masa senggang dan tidak menganggu pekerjaan hakiki memandangkan ianya hanya menggunakan internet dan telefon bimbit untuk melayari laman sosial.

                Disebabkan minat terhadap tudung yang mengikut trend semasa beliau mula menjual tudung pada penghujung 2016, beliau membeli secara pukal dan menjual semula melalui facebook, whattsapp dan juga Instagram, segala-galanya dilakukan di atas talian. Walaupon hanya dilakukan secara sambilan, ia telah berjaya menambah pendapatan beliau dan pada pendapat beliau ianya juga membantu para wanita yang sibuk untuk mendapatkan tudung yang diingini tanpa perlu keluar ke kedai. Beliau rasa bertuah kerana Felda Kahang Barat memiliki kemudahan Pusat Internet 1 Malaysia, selain kemudahan internet percuma, usahawan kecil seperti beliau boleh mendapatkan bantuan khidmat nasihat dan latihan ICT dari staff yang bertugas juga secara percuma.