Usahawan : ELLY NASZERI

30 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama : ELLY HARIYANA BINTI HAMZAN

Umur : 26 TAHUN

Facebook : https://www.facebook.com/elly.naszeri

Jenis Perniagaan : KEDAI MAKANAN DAN MINUMAN

Alamat : NO. 1502, FELDA KAHANG BARAT

              Elly Hariyana Binti Hamzan atau dikenali sebagai Elly naszeri di kalangan penduduk Felda Kahang Barat, telah mengusahakan kedai makanan dan minuman sejak tahun 2013 lagi. Dengan nama ABC Corner Banting, gerai beliau memang menjadi tumpuan penduduk Kahang Barat untuk mendapatkan makanan ringkas seperti rojak, mee hoon goreng, nasi lemak, waffle dan kuih muih pada waktu petang. Menjadikan perniagaan ini sebagai pekerjaan tetap, Elly seorang yang sentiasa berwawasan dan sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk pelangan beliau. Oleh itu pada setiap hari jumaat, beliau akan menyediakan menu istimewa seperti laksa dan sagu gula melaka. Pada penghujung 2016, gerai beliau telah dibesarkan dengan menambah ruang tempat duduk yang lebih selesa untuk kemudahan pelanggan.

             Sesuai dengan perkembangan semasa, Elly turut menggunakan media sosial untuk mempromosikan perniagaan beliau. Elly akan sentiasa mengemaskini facebook beliau dengan menu dan waktu perniagaan beliau untuk memudahkan pelangan mendapatkan maklumat. Malahan pelanggan boleh menempah makanan atau minuman hanya menerusi facebook, tempahan akan dihantar terus ke rumah pelanggan. Waktu perniagaan gerai ABC corner banting adalah dari jam 2-6 petang, pelanggan boleh melayari FB beliau untuk tempahan dan maklumat lain.