Mengenai PI1M

MAKLUMAT PI1M FELDA KAHANG BARAT

 

Pusat Internet 1 Malaysia Felda Kahang Barat  telah ditubuhkan sejak 3hb Mei 2010. Dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Kahang Barat, penubuhan pusat ini adalah satu pendekatan dari kerajaan  untuk merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Pada tahun 2013, nama Pusat Jalur Lebar telah ditukarkan kepada Pusat Internet 1 Malaysia, ianya untuk mempromosikan gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak bagi  mewujudkan satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan.


Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan inisiatif  oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan menyediakan kemudahan capaian internet secara kolektif kepada komuniti tempatan khasnya di kawasan luar bandar bagi memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet setaraf dengan yang sedang digunakan oleh masyarakat di kawasan bandar. Diharapkan agar kemudahan yang disediakan dapat menyumbang ke arah mencapai kejayaan dalam inisiatif kebangsaan kerajaan bagi merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka melalui beberapa perisian yang dibangunkan. Ini adalah selaras dengan matlamat Pelan Jalurlebar Kebangsaan (National Broadband Plan) dan MyICMS 886.

 

 

 

  

Lokasi

Felda Kahang Barat

UST Area

Kluang

Daerah

Kluang

Negeri

Johor

Populasi

3, 668 Orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian

Jumlah Keahlian

2021 Orang (Sehingga 30hb September 2015)

LAT/LONG PI1M

E 103.42064,  N 02.03267

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Pemberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Mula Operasi

3hb Mei 2010

Maklumat Pengurusan PI1M

Pengurus

Nama: Arnida Binti Mohd Ali

Emel : arnida@celcom1cbc.com

No. Tel : 017-7113495

 

Penolong Pengurus

Nama: Suhaimee Bin Abdullah

Emel : suhaimee@celcom1cbc.com

No. Tel : 017-7713071

 

Website

www.celcom1cbc.com

Kampung Tanpa Wayar

1. Bahagian 1 :   Rumah Pengurus 

2. Bahagian 2:   1403, Jln Rambutan

                         Pn. Painah Bt Salam

3. Bahagian 3:   1114, Jln Limau Bali

                         Pn. Hasnah Bt Ali Hassan

4. Bahagian 4:   1135, Jln Limau Purut

                         En. Sulaiman Bin Abd.Fatah

5. Bahagian 5:   1188, Jln Ciku

                         En. Bohari Bin Ghani