Ekonomi dan Keusahawanan

PERTANIAN DAN PERLADANGAN

          Kelapa sawit merupakan sumber pendapatan utama bagi penduduk Felda Kahang Barat. Ia juga menjadi teras utama sejak lebih dari 30 tahun. Selain itu, penduduk juga ada menanam tanaman kontan seperti pisang, ubi kayu,sayur-sayuran dan keladi. Terdapat penduduk yang bijak menggunakan tanah yang dimiliki dengan penanaman pokok yang cepat mengeluarkan hasil ini. Selain dapat digunakan untuk kegunaan sendiri, mereka juga dapat menjual atau menjadikan suatu produk lain sebagai punca pendapatan.

  

PENTERNAKAN

          Terdapat penduduk di Felda Kahang Barat ini yang membela dan menternak ternakan seperti lembu, kambing dan juga ikan air tawar. Semua ini diusahakan didalam kawasan ladang kelapa sawit masing-masing. Selain dapat menjimatkan kos penternakan mereka juga dapat menjaga kebersihan kebun dengan menggunakan rumput-rumput yang ada sebagai makanan untuk ternakan yang ada. Hasilnya juga lebih memuaskan kerana kurangnya penggunaan bahan campuran dan lebih kepada organik. Walaupun mereka terdiri dari golongan luar bandar, mereka juga kuat berusaha untuk menjana pendapatan yang lebih.

  

PERNIAGAAAN

          Perniagaan yang dijalankan di sini pula terdiri dari kedai runcit, kedai makan, bengkel motor dan juga tukang jahit. Terdapat lot-lot kedai yang disediakan bagi memudahkan urusan jual beli dijalankan. Terkini pihak pengurusan Felda telah menambah beberapa lagi lot kedai yang baru bagi memberi peluang kepada penduduk-penduduk untuk sama berniaga dan menjana pendapatan masing-masing.

Sekiranya ingin mencari songkok yang berkualiti, cantik dan tahan lama, mungkin tempat yang patut anda kunjungi ialah perusahaan songkok Sinar. Terdapat beberapa jenis songkok yang dihasilkan di perusahaan ini dengan kualiti songkoknya terjamin berdasarkan jahitannya yang kemas serta kualiti material yang digunakan. Songkok Sinar sememangnya telah terkenal di negeri Johor dan mendapat sambutan yang sangat baik.

 

USAHAWAN 1: AZRIE FRIED CHICKEN

Puan Norazah Binti Ismail, 40 tahun, merupakan anak jati Felda Kahang Barat. Berbekalkan modal sebanyak RM8000 beliau telah memulakan perniagaan francais uncle best pada tahun 2015. Antara produk jualan beliau adalah seperti ayam goreng crispy, sosej jumbo sosej, ayam popcorn dan juga sotong king. Setahun selepas memulakan perniagaan tersebut beliau telah meluaskan perniagaan dengan mempelbagaikan produk jualan iaitu kuih sejuk beku (karipap ikan frozen), kentang senyum  dan keropok lekor. Malahan beliau sudah boleh menghantar pesanan walaupun di luar waktu perniagaan beliau.

Puan Norazah, banyak melakukan promosi perniagaan menerusi internet di mana beliau turut mengambil tempahan melalui facebook, whattapps ataupun messenger. Ini telah meningkatkan lagi jualan produk perniagaan beliau. Pelanggan boleh melayari FB beliau di https://www.facebook.com/norazah.ismail.50?fref=ts atau boleh whattapps beliau di no: 0132217468 atau 01136626674.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.