Maklumat Tempatan

 

PROFIL KAMPUNG

 

Felda Kahang Barat terletak di dalam mukim Kluang, di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri Kahang dan kawasan Parlimen P-153 Semberong. Jarak tanah rancangan ini dari Bandar Kluang lebih kurang 30 kilometer atau 20 minit perjalanan. Felda Kahang Barat bersebelahan dengan Felda Kahang Timur dan pekan yang terdekat ialah Bandar T6 dan Kampong Gajah. Nama Kahang Barat diambil bersempena nama Sungai Kahang yang berdekatan.

Felda Kahang Barat mula diteroka dan dibangunkan pada tahun 1973 dan mula menempatkan peneroka pada november 1978. Rancangan ini menempatkan seramai 418 buah keluarga peneroka serta 30 keluarga lain yang terdiri daripada kakitangan Felda, kakitangan Felda Technoplant, kakitangan klinik kesihatan  serta guru-guru sekolah kebangasaan dan sekolah agama Felda Kahang Barat. Daripada 418 buah keluarga peneroka di rancangan ini, 415 buah keluarga berketurunan melayu dan 3 keluarga india.

Luas keseluruhan kawasan penempatan Felda Kahang Barat ialah 1,582.7 hektar dan kawasan ladang kelapa sawit pula 1,682.6 hektar, manakala lain-lain kawasan meliputi 1,800.3 hektar. Kegiatan sosioekonomi utama di sini ialah perladangan di mana jenis tanaman adalah kelapa sawit, namun terdapat juga aktiviti sosiekonomi lain seperti perniagaan, industri desa, perternakan kecil-kecilan dan pengangkutan. Majoriti penduduk yang menetap di Felda Kahang Barat adalah kaum melayu yang dianggarkan berjumlah 3,668 orang penduduk. 


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.