Pelancongan & Rekreasi

Taman Rekreasi

Terdapat sebuah taman rekreasi disediakan untuk penduduk Felda Kahang Barat yang terletak di pintu masuk utama ke Felda ini. Ia berfungsi sebagai tempat beriadah dan juga sebagai taman permainan kerana terdapat kemudahan seperti buai, gelungsur serta pondok-pondok kecil untuk berteduh. Taman ini baru saja di bina iaitu pada tahun 2014.

Hutan Lipur Gunung Berlumut

Hutan Lipur Gunung Belumut terletak di daerah Kluang, Johor. Terletak 32 km dari bandar Kluang iaitu melalui jalan Kluang-Mersing, 148 km dari Bandar Johor Bahru. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Kluang melalui Felda Ulu Dengar.

Kemudahan yang disediakan seperti pejabat penerangan, pondok rehat, tandas, jambatan gantung, chalet, dewan terbuka, tapak perkhemahan, taman permainan kanak-kanak, gerai dan denai hutan. Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan, pendakian dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.