Pendidikan

PENDIDIKAN

 

SEKOLAH RENDAH

Sekolah Kebangsaan LKTP Kahang Barat merupakan institusi pendidikan yang disediakan khas untuk kemudahan anak-anak penduduk Felda Kahang Barat. Sekolah ini dianggarkan mempunyai jumlah murid seramai 200 orang dan mempunyai 7 kelas dari pra sekolah hinggalah  tahun 6.

 

NAMA SEKOLAH

SK LKTP KAHANG BARAT

Nama Guru Besar

En. Izzudin Bin Ikhsan

No. Tel

07-7866259

Emel

Jba2039skfkb@gmail.com

 

SEKOLAH AGAMA

Selain daripada Sekolah Rendah, terdapat juga sebuah sekolah agama  kerajaan Johor untuk pendidikan agama bagi anak-anak penduduk di Felda Kahang Barat. Sekolah agama di sini menyediakan kelas sehingga ke peringkat darjah khas dengan 4 orang tenaga pengajar.

Sekolah ini mempunyai 2 buah bangunan yang dilengkapi dengan sebuah pejabat dan bilik guru, sebuah musolla, sebuah bilik sumber, sebuah stor, 5 buah kelas, 3 buah bilik air dan pentas. Namun atas keperihatinan pihak badan kebajikan sekolah, peruntukan diberikan untuk membina sebuah kantin dan susur gajah bertangga untuk menghubungkan bangunan A dan B. Selain itu, usaha ke arah peningkatan dalam kurikulum dan ko-kurikulum terus dipupuk di kalangan warga guru, murid-murid, AJK Badan Kebajikan dan ibubapa penduduk Felda Kahang Barat untuk kecermelangan pendidikan agama.

 

NAMA SEKOLAH

SEK. AGAMA FELDA KAHANG BARAT

Nama Guru Besar

Ust. Md.Jamiludin Bin Johari

 

SEKOLAH MENENGAH

Di dalam kawasan Felda Kahang Barat  ini tidak mempunyai sekolah menengah. Satu- satunya sekolah menengah yang berhampiran adalah Sekolah Menengah LKTP Kahang Timur  yang terletak di Felda Kahang Timur. Semua anak- anak penduduk Felda Kahang Barat bersekolah di sekolah tersebut yang letaknya lebih kurang 10KM dan mengambil masa 15 minit perjalanan untuk ke sekolah. Sekolah tersebut menjalankan 1 sesi pembelajaran  sahaja  iaitu pagi dengan 46 orang guru. Sekolah ini mengadakan kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dengan jumlah pelajar adalah 481  orang.

 

NAMA SEKOLAH

SEK MEN. LKTP KAHANG TIMUR

Nama Pengetua

En. Ibrahim Bin Omar

No. Tel

07-7866661

Emel

Jea2034@gmail.com

 

  

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.