Berita & Aktiviti Terkini

EVENT APRIL 2018 : ADVOKASI – KLIK DENGAN BIJAK @SCHOOL

04 April 2018 | Berita Terkini

Pada 4 April 2018 - Rabu, Pusat Internet 1Malaysia Felda Kahang Timur dengan kerjasama PI1M Felda Bukit Tongkat dan Ayer hitam telah menjalankan program Advokasi - Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) di 2 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh dan Seri Kota Paloh. Di SMK Paloh, guru-guru telah mengarahkan seramai 753 orang pelajar turun ke dewan untuk mendengar taklimat daripada kami. Manakala di SMK Seri Kota Paloh, kami menerima seramai 233 orang pelajar dan beberapa orang guru juga turun sama menyertai taklimat dari kami.  Klik Dengan Bijak adalah sebuah program... read more

EVENT APRIL 2018 : BEETLE MEMORY GAME

06 April 2018 | Berita Terkini

Pada 6 April 2018 - Jumaat, Pusat Internet 1Malaysia Felda Kahang Timur telah mengadakan Beetle Memory Game. Seramai 12 orang peserta yang hadir untuk menyertai pertandingan pada kali ini. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi. Peserta yang hadir terus mengisi borang kehadiran untuk mengikuti pertandingan pada hari ini. Setelah semua peserta hadir, sedikit taklimat ringkas, tontonan video dan demo mengenai pertandingan ini diberikan oleh staff Pi1M. Setiap peserta diminta untuk mencari pasangan untuk mereka berlawan Beetle Memory Game. Satu set Beetle Memory (yang mempunyai stick kayu berwarna) dan dadu telah disediakan.... read more

KISAH KEJAYAAN (Q1-2) 2018: SITI NORI’ISHAH BINTI ABDUL RAHMAN (BUTIK JAHITAN PAKAIAN)

28 March 2018 | Kisah Kejayaan

Nama : Siti Nori'ishah Binti Abdul Rahman Umur :  43 Tahun No Tel : 017-7959673 Jenis Perniagaan: Menjahit Lokasi & Alamat Perniagaan: No 1 Jln Tempua Tapak Niaga MBFM Felda Kahang Timur   Puan Siti nori'ishah berumur 43 tahun, Beliau lebih mesra dengaan panggilan Kak Zura. Dulunya kak Zura seorang surirumah sepenuh masa. Memiliki 6 cahaya mata Kak Zura sentiasa berusaha mencari pendapatan sampingan bagi meringankan beban suaminya.   5 tahun lepas berbekalkan ilmu yang di pelajari di Giat Mara, beliau mula menjahit di rumah, tapi kini berkat usaha keras beliau sudah memiliki sebuah Butik Jahitan di Felda... read more

KISAH KEJAYAAN (Q1-1) 2018: NORHAYATI ABU BAKAR (TUKANG JAHIT)

28 March 2018 | Kisah Kejayaan

Nama : Norhayati Binti Abu Bakar Alamat :, Umur :  34 Tahun No Tel : 017-7959673 Jenis Perniagaan: Menjahit Lokasi & Alamat Perniagaan: H81 Rumah Kilang Sawit,Felda Kahang Timur   Puan Norhayati atau lebih mesra dipanggil Kak Ti merupakan surirumah sepenuh masa. Anak-anak semakin membesar, Kak Ti mula mencari sesuatu yang boleh dijadikan hobi disamping dapat menjana pendapatan. Pada mulanya, beliau hanya membantu kawannya memotong kain pada bulan puasa. Kerana tempahan terlalu banyak,kawannya meminta beliau membantu menjahit baju kurung. Bermula dari itu, Kak Ti mula mencari ilmu dalam bidang jahitan. Beliau kerap ke Pi1M Felda Kahang... read more

OPEN DAY 2018 PI1M FELDA KAHANG TIMUR

28 March 2018 | Berita Terkini

17 Mac 2017, Sabtu – Pusat Internet 1 Malaysia Felda Kahang Timur telah mengadakan Hari Terbuka 2018. Dengan Kerjasama dari Pihak pengurusan Felda dan Sekolah, Program ini telah di war-war kan kepada komuniti Felda kahang Timur dan Felda Ulu Dengar bermula 1 Mac 2018 dan telah mendapat sokongan yang baik dari Pengurus Felda Kahang Timur.  Pelbagai aktiviti menarik telah berjaya dilaksanakan. Aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah: Pertandingan DIY Your Bag (Bawah 12 tahun) Pertandingan Straw Kreatif (Bawah 9 tahun) Pertandingan Congkak (Bawah 12 Tahun) Pertandingan Congkak (Sek Men) Pertandingan Sukaneka (Sek Men & Sek... read more

Kisah Celik IT – M.Isma Haikal Bin Ismail

28 March 2018 | Kisah Kejayaan

Nama                :           M.Isma Haikal Umur                :           14 Tahun No Tel               :           017-744 9367 M.Isma Haikal Bin Ismail atau lebih mesra dipanggil Isma merupakan pelajar tingkatan 2 di SMK.Kahang Timur. Di sekolah beliau menyandang jawatan sebagai Ketua Tingkatan dan aktif dalam acara sukan bola baling.Beliau juga seorang pelajar yang riang dan mudah didekati. Merupakan abang sulung kepada 3 orang adik beradik. Beliau mula menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Kahang Timur sejak setahun yang lalu apabila usianya menginjak 13 tahun. Pada mulanya beliau hadir ke Pi1M atas ajakan dari rakan-rakan namun lama kelamaan beliau... read more

EVENT FEBRUARI 2018 : SENAMROBIK BERSAMA PELAJAR UKM

25 February 2018 | Berita Terkini

Pada 25 Februari 2018 - Ahad, sempena kehadiran pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Felda Kahang Timur, pihak pengurusan Felda meminta Pusat Internet 1Malaysia Felda Kahang Timur untuk menganjurkan 1 aktiviti santai bersama mereka. Kami telah mencadangkan aktiviti Senamrobik dan ianya mendapat persetujuan dari pihak pengurusan Felda. Senamrobik bermula pada pukul 8.00 pagi, pada awalnya tempat pilihan adalah di padang sekolah Menengah Felda Kahang Timur. tapi memandangkan hujan telah turun dengan lebat, Staf Pi1M meminta kebenaran dari Felda untuk mengadakan Senamrobik di Balai Raya Felda Kahang Timur. Balai Raya tersebut... read more

EVENT FEBRUARI 2018 : GOTONG ROYONG BERSAMA AHLI GPW FELDA

23 February 2018 | Berita Terkini

Pada 23 Februari 2018 - Jumaat, setelah berbincang bersama SDA Felda Iaitu Puan Nurul Ain Binti Yahya dan mendapat persetujuan, Pusat Internet 1Malaysia Felda Kahang Timur telah mengadakan Gotong Royong bersama GPW Felda Kahang Timur. Gotong royong ini melibatkan 2 kawasan di sekitar felda dan seramai 20 orang ahli GPW telah menyertai. Gotong royong bermula pada pukul 8.00 pagi, tempat pertama ialah tepi jalan berhampiran dengan bangunan PI1M Felda Kahang Timur. Kami menghabiskan masa 1 jam untuk menyapu daun-daun kering dan membakar sampah yang telah di kumpulkan. Setelah rehat selama 30... read more

EVENT FEBRUARI 2018 : PERTANDINGAN MINI LEGO

24 February 2018 | Berita Terkini

Sabtu, 24 Februari 2018  - Bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kahang Timur , telah diadakan satu pertandingan Mini Lego yang disertai oleh para pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Pertandingan yang dijadualkan bermula pada jam 9.00 pagi itu terpaksa dilewatkan seketika memandangkan cuaca pada pagi tersebut tidak mengizinkan para peserta untuk hadir tepat pada waktu yang dijanjikan. Pertandingan tersebut kemudiannya dijalankan lewat sejam apabila semua peserta telah hadir. Peserta kemudiannya diterangkan mengenai pertandingan tersebut oleh staff PI1M dimana mereka dikehendaki mencabut undi bagi menentukan jenis Lego yang akan... read more

EVENT JANUARI 2018:CUP STACKING GAME

26 January 2018 | Berita Terkini

Pada 26 Januari 2018 - Jumaat, Pusat Internet 1Malaysia Felda Kahang Timur telah mengadakan “Cup Stacking Game” yang berlangsung pada sesi pagi. 12 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Sesi pendaftaran dibuka sehari lebih awal. Sebelum pertandingan bermula staf PI1M telah memberi sedikit penerangan dan demo. Mereka juga diberi masa selama 15 minit untuk mencuba sebelum pertandingan bermula. Cup Stacking Game adalah pertandingan yang memerlukan peserta menyusun cawan yang telah diberikan, cawan itu disusun dalam bentuk piramid. Dengan pantas, mereka perlu menyusun... read more

lagi berita & aktiviti