Berita Terkini

Pertandingan Impian Tahun 2050

15 March 2017 | Berita Terkini

Pada 10 Mac 2017 - Jumaat, Pusat Internet 1Malaysia Felda Kahang Timur telah mengadakan Pertandingan Impian Tahun 2050. Seramai 13 orang pelajar sekolah menengah menyertai pertandingaan ini. Mereka berumur diantara 13 tahun hingga 16 tahun. Pertandingan ini telah diadakan di dalam Bilik Latihan PI1M Felda Kahang Timur. Sesi pendaftaran bermula pada pukul pukul 9 pagi hingga 12 tengahari sahaja, dan Pertandingan bermula pada pukul 2 petang. Sebelum memulakan pertandingan, mereka diberi taklimat bagaimana dan apa yang perlu mereka buat untuk menjadi seorang pemenang. Mereka perlu mencipta dan melakar (diatas kertas lukisan)... read more

PERTANDINGAN GUESS MY NAME

27 February 2017 | Berita Terkini

Sabtu, 25 Januari 2017 –  Pada jam 9.00 pagi bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kahang Timur telah diadakan satu aktiviti yang diberi nama Guess My Name. Peserta terdiri daripada kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.Sedikit pengenalan ringkas mengenai aktiviti ini ialah para peserta dikehendaki meneka logo- logo popular yang dikenali di serata dunia serta  logo – logo ICT  dan sosial media sebagai contoh logo Google Chrome, Yahoo, aplikasi Whatsapps dan banyak lagi. Sebanyak 35 buah logo ditayangkan di papan projektor.Para peserta kemudiannya diberi kertas dan juga pen bagi menulis nama-nama... read more

LAPORAN BENGKEL KECANTIKAN

20 February 2017 | Berita Terkini

Pada 17 Februari 2017 - Jumaat, Pusat Internet 1Malaysia Felda Kahang Timur telah menganjurkan Bengkel Kecantikan. Bengkel ini diadakan untuk belia (perempuan) yang ingin kelihatan cantik, anggun dan menawan. Hanya 7 orang peserta sahaja yang terpilih untuk menyertai bengkel ini. Mereka di ajar bagaimana untuk membuat facial muka dan teknik asas solekan secara terperinci. Bengkel bermula pada pukul 2 petang. Langkah pertama,para peserta diajar bagaimana mengenali jenis kulit muka masing-masing, seterusnya cara membersihkan dan merawat wajah dengan produk yang bersesuaian seperti makeup remover, pencuci muka,scrub, penyegar dan pelembap. Ketika sesi ini... read more

LAPORAN PERTANDINGAN STRAW TOWER

20 January 2017 | Berita Terkini

Pada 20 Januari 2017 - Jumaat, Pusat Internet 1Malaysia Felda Kahang Timur telah mengadakan pertandingan membina bangunan dan Menara menggunakan straw. Sesi pendaftaran telah dibuka 2 hari sebelum pertandingan bermula. Mereka yang terlibat, perlu menyertai kelas “tutorial straw tower” terlebih dahulu, kelas tersebut diadakan pada hari khamis sehari sebelum pertandingan bermula. Pertandingan Straw Tower bermula pada jam 9 pagi. Mereka yang telah sampai awal diberi menggunakan PC dan internet untuk mencari idea-idea yang menarik. Setelah mendengar taklimat daripada staf Pi1M, bertandingan bermula pada pukul 10 Pagi. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang... read more

PERTANDINGAN NEWSPAPER DRESS

23 January 2017 | Berita Terkini

Sabtu, 21 Januari 2017 – Seperti tarikh yang tertera, Pusat Internet 1 Malaysia Kahang Timur telah mengadakan satu pertandingan yang diberi nama Newspaper Dress. Pertandingan ini menggunakan bahan kitar semula iaitu suratkhabar lama yang direka menjadi baju untuk dipakai. Pertandingan ini disertai oleh para pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Mengikut perancangan , pertandingan ini bermula pada jam 2 petang namun atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan kebanyakkan peserta tiba lewat sedikit daripada waktu asal. Setelah semua peserta yang mendaftar hadir, mereka kemudiannya diberi penerangan serba sedikit mengenai pertandingan ini. Setelah faham... read more

USAHAWAN 11: PERNIAGAAN ONLINE PAKAIAN DAN KELENGKAPAN WANITA

29 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama: Siti hazwani binti tapsir Alamat: 65 Jalan Anggerik, Felda Ulu Dengar Umur:  21 Tahun No Tel: 012 – 7009745 Zaman kini, Dropship merupakan satu trend kepada mereka yang ingin mulakan perniagaan tanpa modal. Dropship ini adalah satu bentuk perniagaan yang melibatkan penjualan suatu produk atau perkhidmatan dengan pengedar. Keuntungan adalah berdasarkan jualan yang kita dapat. Kelebihannya kita tak perlu menyimpan stok, tak perlu membalut stok atau mengepos stok sendiri. Kita hanya perlu mencari pelanggan, mendapatkan bayaran bagi produk atau servis yang kita tawarkan dan memindahkan bayaran produk atau servis kepada pengedar dan sebelum... read more

Kisah Kejayaan – Syuhaida Bte Atan (Perniagaan Online - Produk Kecantikan)

21 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama                :           Puan Syuhaida Bte Atan Umur                :           27 tahun Pekerjaan          :           Perniagaan Online - Produk Kecantikan No Tel               :           017-7999625 Syuhaida dahulunya merupakan seorang kerani di syarikat Hardware, setelah mempunyai 2 orang anak, beliau nekad berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Memandangkan kos sara hidup semakin meningkat, ramai yang mula mencari pendapatan sampingan dengan mulakan perniagaan sambilan tanpa kos ataupun dengan modal yang minima. Dengan duit simpanan yang ada, beliau nekad untuk memulakan perniagaan secara online. Beliau memilih perniagaan Produk kecantikan, kerana wanita dan remaja sentiasa mencari produk kecantikan untuk menjaga penampilan... read more

Kisah Kejayaan – Hazniza Binti Hamzah (Perniagaan Produk Munif HIjjaz dan Sabun Jasmin 3 in 1)

21 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama                :           Puan Hazniza Binti Hamzah Umur                :           30 tahun Pekerjaan          :           Perniagaan Produk Munif HIjjaz dan Sabun Jasmin 3 in 1 No Tel               :           018-6623811 Puan Hazniza merupakan generasi ke 2 di Felda Kahang Timur. Pada awal tahun 2013, Puan Hazniza hadir ke PI1M Felda Kahang timur untuk mendaftar sebagai ahli dan ingin menyertai kelas ICT yang dianjurkan oleh PI1M. Memandangkan beliau mempunyai anak yang kecil,jadi agak sukar untuk beliau menghadiri kelas ICT di PI1M. Setelah anak-anaknya membesar, pada awal tahun 2016, beliau telah mula menyertai pelbagai kelas dan program yang... read more

DROP CHALLENGE

21 December 2016 | Berita Terkini

Isnin, 19 Dis 2016 – Sempena cuti sekolah, PI1M Felda Kahang Timur telah mengadakan pertandingan yang diberi nama Drop Challenge. 10 orang pelajar telah terpilih untuk menyertai pertandingan kali ini. Mereka telah dipecahkan kepada 2 kumpulan, kumpulan 1 dan kumpulan 2 setiap kumpulan mempunyai 5 orang peserta. Sebiji telur ayam telah diberikan kepada kumpulan-kumpulan tersebut. Pertandingan bermula pada pukul 9 pagi untuk sesi pendaftaran. Sebelum pertandingan bermula, staf PI1M telah memberi taklimat. Pertandingan Drop Challenge adalah untuk mereka membentuk dan membina sebuah struktur yang akan menghalang telur mentah mereka daripada pecah... read more

PERTANDINGAN DAM ULAR GERGASI

21 December 2016 | Berita Terkini

Selasa,20 Disember 2016 –  Pusat Internet 1 Malaysia Kahang Timur telah mengadakan Pertandingan Dam Ular Gergasi. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan juga rendah. Objektif pertandingan ini adalah bagi mengisi masa lapang para pelajar ketika musim cuti sekolah.Selain itu, ia juga dapat mengeratkan lagi tali persahabatan dikalangan mereka. Pertandingan yang bermula pada jam 9.00 pagi itu dimulai dengan sesi pendaftaran bagi para peserta. Mereka kemudiannya diminta untuk mencabut undi dan dibahagikan secara kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari 5 orang pemain. Ini dilakukan bagi menjimatkan masa permainan.Bagi setiap kumpulan,seorang... read more