KISAH KEJAYAAN (Q1-2) 2022: SITI NOR’AIN BINTI HAMZAH (TUKANG JAHIT & JUALAN PAKAIAN ONLINE)

25 March 2022 | Kisah Kejayaan

Puan Siti Nor’ain atau lebih mesra dipanggil Ain, seorang yang peramah dan rajin. Beliau merupakan generasi ke dua di Felda Kahang Timur. Mempunyai 2 orang anak lelaki dan merupakan seorang surirumah. Selepas SPM, beliau melanjutkan pelajaran di Politeknik Johor Bahru dengan mengambil jurusan Rekabentuk dan Pakaian. Berbekalkan ilmu yang ada, selepas tamat belajar beliau nekad untuk menjadi seorang tukang jahit. Hasil kerja keras, kini beliau telah memiliki sebuah kedai jahitan di Felda Kahang Timur.

Puan Ain sering hadir ke PEDi Felda Kahang Timur untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PEDi. Antaranya perkhidmatan internet dan printing.

Jika dahulu beliau meminta bantuan staf PEDi setiap kali ingin menggunakan Komputer dan internet, kini beliau telah mahir menggunakan Komputer. Beliau juga semakin mahir menggunakan Microsoft Office 2013 seperti Word dan Power Point. Beliau juga menggunakan Microsoft Excel untuk membuat penyata untung rugi bagi perniagaanya. Perkhidmatan internet yang kerap di layari seperti online banking dan Youtube. Dengan Youtube, beliau dapat mempelajari pelbagai teknik dalam jahitan mengikut peredaran zaman.

Ain akan sering mengunjungi PEDi untuk mempelajari tentang ilmu keusahawanan daripada petugas seperti cara membuat logo dan iklan untuk dimasukkan ke media sosial dan menaikkan like dan follower di sosial media. Puan Ain juga aktif menyertai setiap aktiviti dan Pertandingan yang dijalankan oleh PEDi Felda Kahang Timur.

PEDi Felda kahang Timur telah membantu beliau mengembangkan perniagaan seperti mempelajari cara-cara membuat bahan-bahan pemasaran perniagaan seperti flyers, bunting,iklan dan banner. Selain itu, Puan Ain berpendapat PEDi Felda kahang Timur dapat membantu dalam segala bentuk promosi dalam perniagaan. Tarikan utama beliau untuk datang dan menggunakan kemudahan di PEDi ialah perkhidmatan yang lengkap dan kakitangannya yang mesra dan sangat membantu.