CELIK IT Q1 2022 : AHMAD DHIA ARMAN

28 March 2022 | Kisah Kejayaan

Kisah Celik ICT (2022) – (Kuarter 1)

Maklumat Celik ICT

Nama  :  Ahmad Dhia Arman

Umur  : 10 Tahun

Tahun Menjadi Ahli  : 2017

PEDi : Felda Kahang Timur

Email : adarman12@gmail.com

Bentuk Pembelajaran ICT :  E- Learning & Youtube

Anak sulung dari 2 beradik lelaki ini yang mesra dengan panggilan Arman mula menjadi ahli di PEDi Felda Kahang Timur sejak berusia 5 tahun lagi. Mengikut bapanya yang berpindah ke sini pada tahun 2017 kini merupakan seorang pelajar tahun 4 di SK LKTP Felda Ulu Dengar.

Arman merupakan seorang pelajar yang agak pemalu namun rajin mengikut ibunya yang juga ahli aktif PEDi Felda Kahang bagi menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan. Beliau hanya menjadi peneman kepada ibunya sahaja sementelah umurnya yang masih kecil ketika itu.

Pada usia 7 tahun, Arman mula hadir ke PEDi bersendirian untuk melayari laman sesawang Youtube dengan dipantau oleh Staff PEDi bagi menonton video kegemaran seperti rancangan kanak-kanak Upin & Ipin. Pada tahap ini, beliau sudah tidak kekok untuk memegang tetikus dan juga papan kekunci walaupun mengambil masa untuk menaip di ruangan Search.

Penggunaan papan kekunci / keyboard dengan lebih kerap bagi membuat carian sesuatu bahan secara tidak langsung menambah penguasaan kemahiran mengeja serta membaca bagi tahap umur pelajar seusia Arman.

Dengan mempelbagaikan jenis aktiviti dan juga latihan ICT. Sebagai contoh, semasa fasa pandemik tahun 2020 semua latihan dan juga aktiviti ICT dijlalankan diatas talian dengan penggunaan telefon pintar dan ini sudah tentu menarik minat golongan kanak – kanak untuk turut sama  menyertai dan ini dapat menyumbang kepada perkembangan kemahiran ICT mereka.