EVENT MAC2022 : KUIZ KDB ONLINE(FACEBOOK)

29 March 2022 | Berita Terkini

25 Mac 2022, Jumaat – PEDi Felda Kahang Timur telah mengadakan Kuiz KDB Online. Peserta perlu mengikuti arahan yang telah ditetapkan oleh PEDi Felda Kahang Timur. Kuiz tersebut bertemakan Buli Siber dan menggunakan Google form. Kuiz ini terbuka kepada golongan dewasa, seramai 16 orang telah berjaya menjawab soalan yang diberikan.

Peserta perlu menjawab 15 soalan berkaitan Buli Siber, dan masa di berikan daripada pukul 11.00 pagi hingga 5 petang sahaja. Pemilihan pemenang berdasarkan siapa yang mendapat markah tinggi dan paling cepat menjawab soalan. Pemenang Pertama dimenangi oleh Puan Nurhani, tempat kedua dimenangi oleh Puan Azimah dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Rositah. Manakala 13 orang peserta mendapat hadiah saguhati dari PEDi Felda Kahang Timur. Mereka perlu hadir ke PEDi untuk mengambil hadiah masing-masing.

Sambil menjawab soalan, secara tidak langsung kuiz ini dapat menambah ilmu pengetahuan peserta tentang bahayanya buli siber. PEDi Felda Kahang Timur sentiasa menjalankan aktiviti berfaedah untuk komuniti. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan padu kepada PEDi Felda Kahang Timur dan turut sama menjayakan program ini. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silahturahim di antara komuniti dan PEDi.