EVENT APRIL 2022 : AKTIVITI MEWARNA SAMPUL DUIT RAYA

26 April 2022 | Berita Terkini

Isnin , 22 April 2022 – Bersempena dengan sambutan Hari Raya yang akan menjelang tiba , PEDi Felda Kahang Timur telah mengadakan aktiviti yang diberi nama Aktiviti Mewarna Sampul Duit Raya. Aktiviti ini dibuka khusus kepada golongan kanak-kanak yang berusia 12 tahun dan kebawah.

Iklan mengenai aktiviti ini telah pun diwar-warkan di dalam grup Whatsapps yang terdiri daripada ibu bapa penjaga serta para peserta. Seramai 15 orang peserta telah mendaftar dan berminat bagi menyertai aktiviti yang akan dijalankan.

Setiap peserta akan diberi sehelai kertas yang telah dicetak dengan gambar sampul hari raya. Peserta dikehendaki bagi mewarnakan sampul tersebut dengan menarik dan kemudiannya peserta perlu memotong dan melekatkannya agar menjadi sekeping sampul hari raya yang lengkap.

Seperti aktiviti serta pertandingan yang diadakan pada sebelum ini, kesemuanya perlu dijalankan di rumah peserta masing-masing bagi mengelakkan peserta dari berkumpul secara beramai-ramai di PEDi.

Sementelah ini adalah aktiviti kraftangan , tiada pemenang utama seperti kebiasaan.

Mereka kemudiannya diminta bergambar dengan hasil kraf masing-masing dan setiap peserta yang menyertai diberi ganjaran berupa hamper hari raya.

Setinggi ucapan terima kasih kepada kepada para peserta yang sudi menyertai pertandingan ini dan juga ibu bapa peserta yang sentiasa memberi sokongan. Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua dari kami di PEDi Kahang Timur.