EVENT MEI 2022 : PERTANDINGAN KAD RAYA DIGITAL

26 May 2022 | Berita Terkini

20 Mei 2022, Jumaat – PEDi Felda Kahang Timur telah mengadakan pertandingan Kad Raya Digital. Syarat penyertaan, setiap peserta perlu menggunakan aplikasi edit video yang boleh didapati di smartphone masing-masing. Sedikit penerangan telah diberikan melalui group whatsapp dan link youtube juga diberikan sebgai rujukan kepada mereka.

Pertandingan ini dilakukan secara atas talian dan bertempat dirumah masing-masing. Peserta hanya perlu menyediakan kad raya mengikut kreativiti masing-masing dan memuat naik di page FB PEDi Felda Kahang Timur. Tidak kira aplikasi apa yang mereka gunakan, yang paling utama mereka perlu membuat video yang dipenuhi dengan gambar-gambar hari raya mereka bersama keluarga. Peserta juga perlu memastikan durasi video tidak boleh melebihi 1 minit.

8 orang peserta telah menyertai pertandingan ini, dan 3 orang peserta telah di pilih sebagai pemenang utama iaitu Puan Nor Hawa, Puan Siti Sunarti dan Puan Rozila. 5 orang peserta lagi merupakan pemenang saguhati.

Secara tidak langsung aktiviti ini dapat menambah ilmu pengetahuan peserta tentang aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan secara percuma di smartphone masing-masing. PEDi Felda Kahang Timur berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dan menarik minat komuniti setempat untuk sentiasa aktif serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh PEDi pada masa akan datang. PEDi Felda Kahang Timur akan sentiasa menjalankan aktiviti berfaedah untuk komuniti.