EVENT JUN 2022 : PERTANDINGAN TEKA SILANGKATA

22 June 2022 | Berita Terkini

Isnin, 21 Jun 2022 – Pada tarikh yang tertera , PEDi Felda Kahang Timur telah mengadakan pertandingan Teka Silangkata yang dibuka penyertaanya khusus kepada golongan suri rumah.

Hebahan  mengenai pertandingan diwar-warkan di dalam grup Whatsapps komuniti. Peserta yang beminat untuk menyertai kemudiannya diminta bagi mengisi nama. Seramai 15 orang peserta telah mendaftar bagi menyertai pertandingan yang diadakan

Tepat jam 11.00 pagi, link / pautan kuiz diberikan didalam grup tersebut. Walaupun kebanyakkan peserta sibuk dalam menguruskan kerja rumah dan keluarga namun mereka tetap mencari ruang bagi turut sama memeriahkan aktiviti yang dianjurkan.

Sebanyak 10 soalan yang diberikan dan para peserta dikendaki menjawab soalan kuiz tersebut. 3 pemenang utama dengan tempoh masa menjawab soalan kuiz dengan paling pantas dikira sebagai pemenang. Juwita Binti Tamat dengan catatan masa 29. 4 saat, diikuti dengan  Rozila Kamisan 29.5 saat dan juga Nur Nadia Amyra 31 saat. Bagi tidak menghampakan,12 peserta yang lain juga turut diberikan hadiah saguhati sebagai tanda penghargaan.

Selain dari aktiviti yang berbentuk ICT dapat meningkatkan ilmu kepada peserta,mereka juga gembira kerana golongan suri rumah tidak dipinggirkan dari aktiviti-aktiviti sebegini. Ia juga dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara staff PEDi dan penduduk setempat  juga sesama komuniti.