CELIK IT Q2 2022 : SITI NUR ALLEYSA BINTI KAMARULZAMAN

29 June 2022 | Kisah Kejayaan

Kisah Celik ICT (2022) – (Kuarter 2)

Maklumat Celik ICT

Nama  :  Siti Nur Alleysa Binti Kamarulzaman

Umur  : 14 Tahun

Tahun Menjadi Ahli  : 2017

PEDi : Felda Kahang Timur

No Telefon : 011-7853565

Email : alleysanur@gmail.com

Bentuk Pembelajaran ICT :  Youtube , Microsoft Office

Anak sulung dari 2 beradik perempuan ini lebih dikenali dengan panggilan Alleysa menjadi ahli di PEDi Felda Kahang Timur sejak berusia 9 tahun lagi sekitar tahun 2017 dan kini menuntut di tingkatan 2 di SMK Felda Kahang Timur.

Jarak rumah yang dekat dengan PEDi Felda Kahang Timur menjadikan beliau antara peserta yang kerap menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Maka, bermula dari situ beliau terus mendaftar untuk menjadi ahli dan mula mengenal serta mencuba pelbagai aktiviti asas ICT yang dipantau sepenuhnya oleh Staff PEDi

Beliau kemudiannya boleh dikatakan sudah menguasai peralatan ICT dan mahir menggunakan fungsi Search bagi mencari sesuatu carian E- Learning seperti Colouring Online, ABC Education Games dan lain-lain lagi dengan pengawasan yang minima dari Staff PEDi. Menginjak dewasa , Alleysa mula menggunakan aplikasi Office seperti Word dan juga PowerPoint dalam menyiapkan tugasan sekolah.

Pada permulaannya pelajar / ahli akan diperkenalkan dengan peralatan atau perkakasan ICT. Sebagai contoh tetikus , papan kekunci atau pemacu kilat USB (pendrive) . Ini penting kerana ia akan membantu para peserta untuk lebih berkeyakinan dan mudah menerima arahan ketika pembelajaran  / latihan ICT di PEDi.

Dengan menyediakan modul pembelajaran ICT untuk semua peringkat umur. Ahli yang sudah mahir atau boleh menguasai asas ICT boleh membantu rakan-rakan sebaya atau pun yang lebih berusia. Ini secara tidak langsung meningkatkan lagi jumlah penguasaan kemahiran ICT di sesuatu tempat / komuniti.