KISAH KEJAYAAN (Q2-1) 2022: NORAISHAH BINTI BAJURI (MENJUAL MAKANAN/KUIH DAN DESERT)

04 July 2022 | Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan (2022) – (Q2) (Usahawan 1/2)

Maklumat Usahawan

Nama  : Noraishah Binti Bajuri

Umur  : 40 tahun

Tahun Menjadi Ahli  : 2022

PEDi : PEDi Felda Kahang Timur

No Telefon : 0125758316

Email : noraishah019@gmail.com

Bentuk Perniagaan: Makanan

Puan Aishah merupakan generasi ke dua di Felda Kahang Timur. Mempunyai 2 orang anak perempuan, dan merupakan seorang surirumah. Sebelum ini, beliau dan keluarga tinggal di Kuala Lumpur, kemudian berpindah ke Felda Kahang Timur kerana menjaga ibunya. Memandangkan anak-anak semakin membesar beliau mula berniaga bagi menambah pendapatan keluarga dan mengisi masa lapang.

Sejak berpindah ke Felda Kahang Timur, Puan Aishah sering hadir ke PEDi Felda Kahang Timur untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di PEDi. Antaranya perkhidmatan internet dan printing. Beliau merupakan seorang yang cepat belajar, jika dahulu beliau meminta bantuan staf PEDi setiap kali ingin menggunakan Komputer dan internet, kini beliau telah mahir menggunakan Komputer. Beliau juga semakin mahir menggunakan Microsoft Office 2013 seperti Word dan Power Point. Beliau juga menggunakan MS Excel untuk membuat penyata untung rugi bagi perniagaanya. Perkhidmatan internet yang kerap di layari seperti online banking dan mencari maklumat pembelajaran untuk anak-anak di Google mahupun Youtube.

Jika mempunyai masa yang terluang, Puan Aishah akan mengunjungi PEDi untuk mempelajari tentang ilmu keusahawanan daripada petugas seperti cara membuat logo/iklan untuk dimasukkan ke media social dan menaikkan like/follower di social media. Puan Nazura juga aktif menyertai setiap aktiviti dan Pertandingan yang dijalankan oleh PEDi Felda Kahang Timur.

PEDi Felda kahang Timur telah membantu beliau mengembangkan perniagaan seperti mempelajari cara-cara membuat bahan-bahan pemasaran perniagaan seperti flyers, bunting,iklan dan banner. Selain itu, Puan Aishah berpendapat PEDi Felda kahang Timur dapat membantu dalam segala bentuk promosi dalam perniagaan. Tarikan utama beliau untuk datang dan menggunakan kemudahan di PEDi ialah perkhidmatan yang lengkap dan kakitangannya yang mesra dan sangat membantu.