KISAH KEJAYAAN (Q2-2) 2022: SITI SURIATI BINTI HOLIL (SERUNDING HALIA)

30 June 2022 | Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan (2022) – (Q2) (Usahawan 2/2)

Maklumat Usahawan

Nama  : Siti Suriati Binti Holil

Umur  : 41

Tahun Menjadi Ahli  : 2022

PEDi : PEDi Felda Kahang Timur

No Telefon : 011-36602638

Email : suriholil@gmail.com

Bentuk Perniagaan: Serunding Halia

Puan Siti Suriati atau lebih mesra Su, seorang yang peramah dan rajin. Beliau merupakan generasi ke dua di Felda Kahang Timur. Bekerja sebagai pembantu tadika dan mempunyai hobi memasak. Waktu bekerja yang singkat, membuatkan beliau banyak masa terluang pada waktu petang. Dengan masa terluang itu, beliau mula mencari idea untuk menambah pendapatan keluarga. Memandangkan ahli keluarganya suka dengan serunding halia, beliau mula mencuba membuat serunding halia berbekalkan resepi dari ibunya. Ramai kawan-kawan da saudara mara cuba rasa serunding beliau, dan mula membuat tempahan. Kini Serunding halia hasil air tangan nya mula mendapat sambutan.

Dengan bantuan PEDi Felda Kahang Timur, Puan Su cuba memasarkan produk nya melalui online seperti di group whatsapp dan facebook. Selain itu, beliau juga belajar cara membuat logo dan sticker untuk dilekatkan di balang serunding halia.

PEDi Felda kahang Timur telah membantu beliau mengembangkan perniagaan seperti mempelajari cara-cara membuat bahan-bahan pemasaran perniagaan seperti flyers, bunting,iklan dan banner. Selain itu, Puan Su berpendapat PEDi Felda kahang Timur dapat membantu dalam segala bentuk promosi dalam perniagaan. Tarikan utama beliau untuk datang dan menggunakan kemudahan di PEDi ialah perkhidmatan yang lengkap dan kakitangannya yang mesra dan sangat membantu.