EVENT JULAI 2022 : DIY FRIDGE MAGNET BERSAMA USAHAWAN PEDi

22 July 2022 | Berita Terkini

22 Julai 2022, Jumaat – PEDi Felda Kahang Timur telah mengadakan aktiviti DIY Fridge Magnet bersama usahawan PEDi. 10 orang usahawan PEDi telah dipilih untuk menyertai aktaviti kali ini.

Para peserta mula hadir ke PEDi Felda Kahang Timur pada pukul 2.30 petang. Setelah semua peserta berkumpul, staf memberi sedikit taklimat klik dengan bijak yang bertajuk Internet selamat atau tidak. Pada pukul 3.00 petang, peralatan DIF Fridge Magnet mula di agihkan kepada peserta. Peserta diberi penerangan ringkas bagaimana menghasilkan fridge magnet dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. Ketika aktiviti berlangsung, Staf PEDi memberi tunjuk ajar bagaimana membeli kits DIY fridge magnet itu melalui shopee.

Ada di antara mereka terus membeli kits DIY tersebut di Shopee. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi idea dan peluang kepada peserta yang sedang mencari peluang perniagaan atau yang ingin menambah produk-produk perniaagan mereka. Fridge Magnet yang dihasilkan, boleh dijual kepada sesiapa pun sebagai perhiasan.

PEDi Felda Kahang Timur berharap dengan adanya aktiviti ini, usahawan yang terlibat sentiasa mencari idea-idea yang menarik untuk memajukan lagi perniagaan mereka. Sama ada melalui penambahan produk perniagaan ataupun menambahbaik produk-produk yang mereka hasilkan dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa. Walaupun mereka berada di kawasan luar bandar, PEDi Felda Kahang Timur sentiasa ada untuk membantu mereka bergerak seiring dengan usahawan di bandar.