HARI SUKAN NEGARA – LET’S GET FIT@TADIKA

08 October 2016 | Berita Terkini


Sabtu, 08 Oktober 2016 – Sambutan Hari Sukan Negara diisytiharkan pada setiap Sabtu minggu kedua Oktober setiap tahun oleh Perdana Menteri. Sambutan ini adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang mana ia satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah "Negara Bersukan".

Dengan itu, sempena Hari Sukan Negara ini Pusat Internet 1Malaysia turut mengadakan program Let’s Get Fit@Tadika. Pusat Internet 1Malaysia Felda Kahang Timur telah memilih Tadika Felda Ulu Dengar untuk Program kali ini. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Encik Ali Bin Jahor selaku Ketua Kampung Ulu Dengar. Program ini bermula pada 9.00 pagi, terdapat 3 acara sukan yang diadakan pada hari tersebut adalah Lari rata, Sambung Straw Berkumpulan dan Ibu Cari Anak. Program berjalan lancar dan turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa dan ahli keluarga pelajar tadika. Turut hadir pada hari tersebut ialah Pengurus Felda Ulu Dengar Encik Abdul Wahab bersama isteri.


Selepas acara sukan, penyampaian hadiah serta sesi bergambar bersama pelajar, guru dan ibu bapa yang terlibat. Program tamat pada pukul 12.30 Tengahari. Diharap Sambutan Hari Sukan Negara - Let’s Get Fit@Tadika yang diadakan ini, dapat menjadi sebagai satu medium untuk meningkatkan kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti sukan mahupun program yang berkaitan sukan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan.

 

 

Layari Galeri Kami: http://www.celcom1cbc.com/kahang-timur/galeri

 

**Nak tahu apa aktiviti menarik PI1M Felda Kahang Timur? Jom Singgah Facebook Page Kami: https://www.facebook.com/PJKKahangTimur/