iSihat @ PI1M

31 October 2016 | Berita Terkini

Isnin,31 Oktober 2016 – Bersempena dengan Hari  Sukan Negara yang diadakan pada setiap bulan Oktober pada setiap tahun, pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kahang Timur juga tidak terlepas dari turut serta menyokong hari tersebut. Justeru, pihak Pi1M telah pun mengadakan satu aktiviti yang diberi nama iSihat @ PI1M.

Aktiviti ini disertai oleh golongan pelajar dari peringkat umur sekolah rendah dan juga menengah.Ia bermula pada jam 9.00 pagi.Walaupun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan namun mereka yang terlibat tetap hadir bagi menyertai aktiviti yang dijalankan. Sementelah menunggu kehadiran peserta yang lain,mereka dijamu dengan sarapan pagi bagi mengalas perut.Setelah semuanya hadir,kehadiran mereka dicatat dan direkod.

                                                                                                                                             

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagi aktiviti pertama, mereka diminta untuk beratur dan membuat kumpulan bagi melakukan aktiviti regangan dan senaman ringkas. Seorang dari mereka dilantik bagi mengetuai aktiviti tersebut.Antara aktiviti senaman yang dilakukan ialah regangan bahu dan leher,berlari setempat, lompat bintang serta berlari anak / jogging di sekeliling kawasan PI1M.

Setelah selesai bagi aktiviti pertama, mereka kemudiannya diminta untuk menjawab soalan kuiz mengenai kesihatan di laman web http://www.infosihat.gov.my/infosihat. Pelbagai info mengenai kesihatan terdapat di situ seperti Demam Denggi, Virus Zika, Jerebu ,HIV dan banyak lagi. Soalan kuiz yang perlu dijawab pula hanya berkisar kepada info – info yang terdapat di situ.Mereka bukan sahaja diajar untuk mencari info-info kesihatan bahkan dapat mempelajari mengenai cara pencegahan mengenai penyakit-penyakit tersebut

 

                                                                                                                                         

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada jam 1 tengahari, semua aktiviti selesai. Walaupun mendapat kekangan dari segi cuaca dimana terhad untuk melakukan pelbagai aktiviti luar namun sebahagian besar objektif dan tujuan aktiviti ini tercapai.Selain dapat memupuk aktiviti suka kan sukan dan riadah, mereka juga secara tidak langsung mempelajari serta mengambil tahu mengenai penyakit penyakit berbahaya yang boleh mengancam nyawa jika tidak melakukan pencegahan dari awal.

                                                                       

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Layari Galeri Kami: http://www.celcom1cbc.com/kahang-timur/galeri

 

**Nak tahu apa aktiviti menarik PI1M Felda Kahang Timur? Jom Singgah Facebook Page Kami: https://www.facebook.com/PJKKahangTimur/