USAHAWAN 10 : ANGGERIK MINI MARKET

18 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama: Md Rohaizi Bin Tapsir

Alamat: No.5A Jalan Kiambang Felda Ulu Dengar

Umur: 35 Tahun

No Tel: 013 7236358

Anggerik Mini Market milik Md Rohaizi Bin Tapsir merupakan sebuah syarikat 100 % bumiputera dan telah di daftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2015. Anggerik Mini Market membekalkan barangan basah dan kering untuk keperluan harian. Anggerik Mini Market sedia menerima tempahan serta menjadi pembekal barangan seperti beras, minyak masak, daging, ikan, sayur dan pelbagai lagi untuk keperluan isi rumah, majlis perkahwinan dan kenduri.

Sejak di bangku sekolah lagi, Rohaizi gemar menolong bapanya menguruskan kedai runcit. Dengan pengalaman yang ada, pengalaman dan idea yang di kongsi dari bapanya, Rohaizi dan isteri nekad untuk memulakan perniagaan mini market miliknya sendiri. Bermula modal sebanyak RM8000, rohaizi menyediakan checklist. Tujuan diadakan checklist adalah untuk memudahkan kerja dalam memastikan semua keperluan telah dipenuhi dan tidak tertinggal. Bukan semua senarai aktiviti yang perlu dilaksanakan dijalankan dengan kadar segera. Ianya boleh dilakukan secara berperingkat- peringkat. Perkara utama ialah dengan mencari tapak kedai, kemudian beliau memenuhi ruang kedainya dengan perlbagai barangan keperluan harian penduduk disini. Anggerik Mini Market beroperasi pada pukul 10 pagi sehingga 11 malam dan menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma kepada penduduk tempatan.

Walaupun sudah memiliki Mini Market sendiri, Rohaizi masih menolong bapanya menguruskan kedai runcit milik keluarga. Beliau bergilir-gilir menjaga Mini Market itu bersama isterinya. Menurut Rohaizi, lain kedai lain pengalamannya. Beliau perlu lebih kreatif dan sentiasa membuat transformasi untuk Mini Marketnya terus maju dan dikenali ramai.