OPEN DAY@PI1M FELDA KAHANG TIMUR

19 November 2016 | Berita Terkini

Pada 19 November 2016 – Sabtu, Pusat Internet 1Malaysia Felda Kahang Timur telah mengadakan Hari Terbuka. Program ini terbuka kepada semua peringkat umur. Oleh itu pihak PI1M telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik mengikut kesesuaian dengan peserta yang terlibat dengan program ini. Jumlah peserta dan tetamu yang hadir sepanjang program ini berlangsung adalah seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

 Antara aktiviti yang dijalankan pada hari itu ialah:

  1. Pertandingan Puzzle Online (Bawah 10 Tahun)
  2. Pertandingan Puzzle Online (Bawah 12 Tahun)
  3. Pertandingan Origami (Sek Men & Sek Ren)
  4. Pertandingan Saya Sayang Balloon(Sek Men & Sek Ren)
  5. Pertandingan Mewarna Tadika
  6. Pertandingan Anyaman Tikar(Ibu dan Bapa)
  7. Pertandingan Anyaman Ketupat(GPW)
  8. Pertandingan Lipatan Kreatif(Generasi ke 2)
  9. Taklimat Klik Dengan Bijak
  10. Latihan memadam Api dari Pasukan Bomba

Untuk pertandingan Puzzle Online, Origami dan Saya Sayang Balloon telah diadakan sehari awal iaitu pada hari jumaat. Pada hari sabtu pula, Program dimulakan seawal jam 8.30 pg iaitu sesi pendaftaran nama dan pemberian nombor cabutan bertuah. Pada pukul 9.00 pagi, acara mewarna oleh murid-murid tadika dan Pra Sekolah bermula. Ketika pertandingan mewarna berlangsung, Ibu bapa dijemput untuk menyertai Pertandingan Anyaman Tikar. Mereka diberi masa selama 1 jam untuk 2 pertandingan ini.

Setelah selesai pertandingan Mewarna dan Anyaman Tikar, pada Pukul 10.00 pagi, Pasukan BOMBA daerah Kluang telah mengadakan latihan memadam api menggunakan fire extinguisher dan taklimat ringkas bersama komuniti felda dan adik-adik yang hadir menjayakan program hari terbuka ini. Setelah selesai latihan memadam api bersama pasukan BOMBA, Jam 10.30 telah berlangsung pertandingan Anyaman Ketupat dan Lipatan Kreatif, setiap acara telah diwakili seramai 5 orang peserta. Sementara menunggu mereka siap, Pi1M telah mengadakan taklimat klik dengan bijak, taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Arnida selaku Pengurus Pi1M Felda Kahang Barat. Pada akhir sesi taklimat telah diadakan Kuiz untuk menguji tahap kefahaman peserta berkenaan isu keselamatan dan etika ketika menggunakan internet.

Pada jam 12.00 tengahari Pengurus Felda,Ketua Peneroka dan SDA telah hadir untuk menyempurnakan program Hari Terbuka ini. Perasmian program telah disempurnakan oleh pengurus Felda Kahang Timur, Tuan Md Said Bin Ahmad. Manakala Acara penyampaian hadiah dan cabutan nombor bertuah telah disampaikan oleh Puan Nurul Ain Selaku SDA Felda diikuti oleh Tuan Hj Mahmod Bin Mon selaku Ketua Peneroka Felda Kahang Timur.

 Pada sesi petang pula, telah diadakan 2 aktiviti iaitu Siapa Nak Jadi Ahli Pi1M dan Aktiviti ceria Pi1M. Aktiviti Siapa Nak Jadi Ahli Pi1M merupakan pendaftaran ahli secara percuma kepada komuniti Felda Kahang Timur dan Felda Ulu Dengar. Manakala aktiviti ceria Pi1M adalah mini gotong royong kawasan luar dan dalam Pi1M bersama ahli yang aktif.

Alhamdulillah, dengan adanya program seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara PI1M Felda Kahang Timur dengan masyarakat setempat dan sekitar di samping mempromosikan kemudahan PI1M kepada umum dan program ini secara tidak langsung juga dapat meraikan ahli-ahli PI1M yang sentiasa aktif memberi sokongan dan kerjasama yang baik kepada kelas ICT dan program yang dijalankan oleh pihak Pi1M sepanjang 2016.

 

 

 Layari Galeri Kami: http://www.celcom1cbc.com/kahang-timur/galeri

**Nak tahu apa aktiviti menarik PI1M Felda Kahang Timur? Jom Singgah Facebook Page Kami: https://www.facebook.com/PJKKahangTimur/