Kisah Celik IT – Muhammad Nurhakim Bin Hashim

08 December 2016 | Kisah Kejayaan

Nama                :           Muhammad Nurhakim Bin Hashim

Umur                :           15 Tahun

No Tel               :           010-7660598

Muhammad Nurhakim Bin Hashim lebih mesra di panggil Hakim,berumur 15 tahun. Beliau tinggal di Kampung Sri Timur,jarak rumahnya ke PI1M Felda Kahang Timur mengambil masa lebih kurang 15 minit. Memandangkan ibu bapanya bekerja, setiap hari Hakim perlu mnguruskan persekolahan adik-adiknya. Sesi persekolahnya adalah pada waktu pagi, pada waktu petang,sementara menunggu adik-adiknya pulang dari sekolah agama, Hakim banyak menghabiskan masa di Pusat Internet 1Malaysia Felda Kahang Timur. Beliau merupakan ahli yang aktif yang hadir ke PI1M setiap hari kerana beliau merasakan PI1M merupakan pusat tumpuan komuniti untuk mencari maklumat terkini disamping untuk meningkatkan nilai kebolehan dan kemahiran diri khususnya dalam bidang ICT.

Hakim kerap menghadiri kelas dan program yang dianjurkan oleh PI1M seperti program berkaitan ICT kelas ICT seperti mempelajari MS Office, Basic ICT, E-Learning, Aktiviti lain seperti pertandingan bulanan dan juga Advokasi seperti KDB dan Chek Your Label. Jika tidak mengikuti kelas, masa lapangnya diisi dengan mencari nota-nota setiap mata pelajaran nya. Belia akan download dan print soalan itu, untuk dijadikan latihan di rumah. Hakim juga berkongsi ilmu ICT yang di pelajarinya bersama kawan-kawan kelas. Beliau kini menjadi sumber rujukan kawan-kawan yang tidak mahir dalam bidang ICT.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hakim merasakan pembelajaran secara konsisten adalah sangat relevan dan menyeronokkan. Beliau begitu bersyukur mendapat kemudahan sebegini. Kini ICT merupakan minatnya,Terima kasih PI1M.