PERTANDINGAN DAM ULAR GERGASI

21 December 2016 | Berita Terkini

Selasa,20 Disember 2016 –  Pusat Internet 1 Malaysia Kahang Timur telah mengadakan Pertandingan Dam Ular Gergasi. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan juga rendah. Objektif pertandingan ini adalah bagi mengisi masa lapang para pelajar ketika musim cuti sekolah.Selain itu, ia juga dapat mengeratkan lagi tali persahabatan dikalangan mereka.

Pertandingan yang bermula pada jam 9.00 pagi itu dimulai dengan sesi pendaftaran bagi para peserta. Mereka kemudiannya diminta untuk mencabut undi dan dibahagikan secara kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari 5 orang pemain. Ini dilakukan bagi menjimatkan masa permainan.Bagi setiap kumpulan,seorang ketua dilantik bagi mengetuai kumpulan serta merancang strategi permainan.

Mengikut undang – undang permainan, setiap ahli kumpulan perlu membuat balingan dadu serta menggerakkan dam seperti lazimnya permainan dam yang lain. Ahli kumpulan yang mendapat jumlah terawal yang berjaya menamatkan permainan dikira pemenang. Pelbagai aksi dapat dilihat daripada semua pemain sepanjang permainan berlangsung.

Ketua kumpulan juga memainkan penting apabila berjaya memberi arahan kepada pemain dengan strategi seperti turutan pemain yang perlu membuat balingan serta cara balingan dadu untuk mendapat nombor yang diperlukan .

Tepat jam 12.00 tengahari, permainan berjaya ditamatkan. Sesi penyampaian hadiah kemudiannya dijalankan dengan menjemput ketua bagi setiap kumpulan bagi menerima hadiah. Setelah selesai,mereka kemudiannya mengambil gambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan.

Objektif utama bagi pertandingan ini tercapai apabila melihat kepada respon serta kerjasama daripada para peserta yang terlibat. Walaupun ianya sekadar permainan dam ular, ia juga secara tidak langsung dapat mengembalikan memori kepada para peserta mengenai  permainan ini yang dimain sewaktu kecil dahulu.Selain itu,ia juga dapat mengekalkan permainan ini sebagai permainan klasik yang sentiasa popular tidak kira zaman dan juga peringkat umur dikala generasi kini lebih tertumpu kepada permainan berkonsepkan online.

 

 Layari Galeri Kami: http://www.celcom1cbc.com/kahang-timur/galeri

**Nak tahu apa aktiviti menarik PI1M Felda Kahang Timur? Jom Singgah Facebook Page Kami: https://www.facebook.com/PJKKahangTimur/