DROP CHALLENGE

21 December 2016 | Berita Terkini

Isnin, 19 Dis 2016 – Sempena cuti sekolah, PI1M Felda Kahang Timur telah mengadakan pertandingan yang diberi nama Drop Challenge. 10 orang pelajar telah terpilih untuk menyertai pertandingan kali ini. Mereka telah dipecahkan kepada 2 kumpulan, kumpulan 1 dan kumpulan 2 setiap kumpulan mempunyai 5 orang peserta. Sebiji telur ayam telah diberikan kepada kumpulan-kumpulan tersebut. Pertandingan bermula pada pukul 9 pagi untuk sesi pendaftaran.

Sebelum pertandingan bermula, staf PI1M telah memberi taklimat. Pertandingan Drop Challenge adalah untuk mereka membentuk dan membina sebuah struktur yang akan menghalang telur mentah mereka daripada pecah jika di campak dari tempat yang tinggi. Pasukan akan diberikan kira-kira 15 minit untuk membuat struktur. Selain telur, setiap kumpulan juga dibekalkan 5 bahan-bahan yang akan digunakan untuk membungkus, melindungi atau menyelamatkan telur tersebut daripada pecah.

15 minit telah berlalu, para peserta di arahkan untuk keluar daripada PI1M untuk menguji ketahanan struktur telur tersebut. Selepas menjatuhkan semua struktur, ahli kumpulan perlu membukanya dan melihat samada telur pecah atau tidak. Pasukan yang menang adalah pasukan yang Berjaya menyelamatkan telur mereka daripada pecah iaitu kumpulan 1. Sebelum penyampaian hadiah, setiap yang terlibat sama-sama berbincang dan berkongsi apakah yang mereka dapat selepas menyertai pertandingan ini.

Drop Challenge dapat memberi para peserta pengalaman dan pengajaran bagaimana hasilnya jika bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea dan berfikir secara kreatif.

 

Layari Galeri Kami : http://www.celcom1cbc.com/kahang-timur/galeri

 

**Nak tahu apa aktiviti menarik PI1M Felda Kahang Timur? Jom Singgah Facebook Page Kami: https://www.facebook.com/PJKKahangTimur/