Kisah Kejayaan – Hazniza Binti Hamzah (Perniagaan Produk Munif HIjjaz dan Sabun Jasmin 3 in 1)

21 December 2016 | Kisah Kejayaan

Nama                :           Puan Hazniza Binti Hamzah

Umur                :           30 tahun

Pekerjaan          :           Perniagaan Produk Munif HIjjaz dan Sabun Jasmin 3 in 1

No Tel               :           018-6623811

Puan Hazniza merupakan generasi ke 2 di Felda Kahang Timur. Pada awal tahun 2013, Puan Hazniza hadir ke PI1M Felda Kahang timur untuk mendaftar sebagai ahli dan ingin menyertai kelas ICT yang dianjurkan oleh PI1M. Memandangkan beliau mempunyai anak yang kecil,jadi agak sukar untuk beliau menghadiri kelas ICT di PI1M. Setelah anak-anaknya membesar, pada awal tahun 2016, beliau telah mula menyertai pelbagai kelas dan program yang dianjurkan oleh PI1M. Sepanjang menjadi ahli, Hazniza merupakan ahli yang aktif dan sentiasa memberi sokongan setiap aktiviti yang dijalankan oleh PI1M Felda Kahang Timur.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau mula menceburi bidang perniagaan, pelbagai jenis perniagaan telah dicuba,tetapi masih belum jumpa perniagaan yang benar-benar memikat hatinya. Beberapa bulan lepas, kawannya telah memperkenalkan Produk Munif HIjjaz dan Sabun Jasmin 3 in 1. Percubaan pada bulan pertama amat memuaskan dan beliau mula menjana pendapatan dengan perniagaan ini. Beliau akan pergi ke setiap kedai yang ada di kawasan felda, dan meletakkan produk jualannya untuk di jual oleh tuan kedai tersebut, tuan kedai akan memaklumkan sekiranya produk tersebut telah habis dan perlu di tambah lagi. Beliau juga aktif mengiklankan produk jualannya di facebook dan kumpulan whatsapp. Kini pelanggannya bukan sahaja dari penduduk tempatan malah meliputi penduduk dari bandar kluang.

Menurut Puan Hazniza, PI1M banyak membantunya untuk lebih maju dalam ICT. Beliau juga kini mahir menggunakan Ms Office 2013 terutama sekali Ms Excel dan berjaya membuat carta aliran tunai untuk perniagaannya. Dengan adanya PI1M seperti ini, perniagaannya mula dikenali dan mendapat sambutan luar biasa. Capaian Internet di PI1M sangat membantu usahawan seperti beliau untuk terus berkembang.