Kisah Kejayaan – Syuhaida Bte Atan (Perniagaan Online - Produk Kecantikan)

21 December 2016 | Kisah Kejayaan

Nama                :           Puan Syuhaida Bte Atan

Umur                :           27 tahun

Pekerjaan          :           Perniagaan Online - Produk Kecantikan

No Tel               :           017-7999625

Syuhaida dahulunya merupakan seorang kerani di syarikat Hardware, setelah mempunyai 2 orang anak, beliau nekad berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Memandangkan kos sara hidup semakin meningkat, ramai yang mula mencari pendapatan sampingan dengan mulakan perniagaan sambilan tanpa kos ataupun dengan modal yang minima. Dengan duit simpanan yang ada, beliau nekad untuk memulakan perniagaan secara online. Beliau memilih perniagaan Produk kecantikan, kerana wanita dan remaja sentiasa mencari produk kecantikan untuk menjaga penampilan diri.

Syuhaida telah menjadi ahli PI1M sejak tahun 2014 lagi, tapi beliau tidak aktif. Sebelum ini, beliau tidak pernah menggunakan ICT serta tidak pernah melibatkan diri dengan PI1M. sejak memulakan perniagaan, beliau agak ragu-ragu dalam mempromosikan jualan dan produk beliau. Beliau tidak tahu bagaimana untuk memperluaskan lagi skop pelanggan yang sedia ada. Pelanggan beliau terhad hanya di dalam Felda Kahang Timur dan kenalan beliau sahaja. Pada awal tahun 2016, Beliau telah menyertai program usahawan anjuran PI1M, Setelah menyertai program usahawan dan mendapat nasihat dari PI1M untuk membuat promosi di laman social miliknya. Kini syuhaida sudah mula meneroka bidang ICT dengan lebih mendalam lagi untuk memastikan perniagaannya bertambah maju.

Saya bersyukur kerana perniagaan saya semakin meluas menerusi atas talian. Segalanya lebih mudah dan cepat. Kini bukan saja saya dapat meluaskan perniagaan sahaja,malah saya mendapat ilmu ICT secara percuma. Terima kasih atas sokongan Pi1M