USAHAWAN 11: PERNIAGAAN ONLINE PAKAIAN DAN KELENGKAPAN WANITA

29 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama: Siti hazwani binti tapsir

Alamat: 65 Jalan Anggerik, Felda Ulu Dengar

Umur:  21 Tahun

No Tel: 012 – 7009745

Zaman kini, Dropship merupakan satu trend kepada mereka yang ingin mulakan perniagaan tanpa modal. Dropship ini adalah satu bentuk perniagaan yang melibatkan penjualan suatu produk atau perkhidmatan dengan pengedar. Keuntungan adalah berdasarkan jualan yang kita dapat. Kelebihannya kita tak perlu menyimpan stok, tak perlu membalut stok atau mengepos stok sendiri. Kita hanya perlu mencari pelanggan, mendapatkan bayaran bagi produk atau servis yang kita tawarkan dan memindahkan bayaran produk atau servis kepada pengedar dan sebelum itu kita sudah menerima untung kita sendiri.

                                          

Sejak Norsakinah selesai menghabiskan diploma nya, beliau rajin menghadiri kelas dan melayari internet di PI1M. Pelbagai aktiviti yang di lakukan dengan mengunakan perkhidmatan printing dan internet di PI1M, antaranya Mencari peluang pekerjaan di sector swasta, kerajaan dan membuat belian dan transaksi secara atas talian. Beberapa bulan lepas, seorang peniaga online telah memberi peluang kepada beliau untuk memulakan perniagaan secara dropship. Wani bersetuju, kemudian dengan sedikit kemahiran IT, Wani telah mewujudkan Instagram untuk mempromosikan perniagaan itu. Nama untuk perniagaan online beliau ialah Wanitapsir shoppe.

                                            

Dengan azam yang kuat, Wani mula menjual dan membuat iklan produk jualannya. Selepas lebih kurang seminggu membina Instagram “wanitapsir.shoppe” beliau berjaya menjual 3 pasang pakaian wanita buat pertama kalinya dengan jumlah komisyen sebanyak RM80.

                                            

Sesungguhnya saat menjalankan bisnes dropship adalah saat-saat manis dalam usaha Wani menjana pendapatan sampingan. Ia menyeronokkan kerana boleh dilakukan dari mana-mana saja. Fokus Wani ketika itu adalah melalui medium instagram kerana pemasaran melalui media sosial sangat meluas pada ketika ini.