Mengenai PI1M



Kami warga Pusat internet 1Malaysia Kahang Timur mengucapkan jutaan Terima Kasih dan mengalu-alukan kedatangan dan kesudian anda melawat laman web kami.

Jom sertai kami, pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

Facebook Page : PI1M FELDA KAHANG TIMUR


 

Pusat Internet 1 Malaysia(PI1M) dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti(PJK) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) serta Celcom Berhad. Projek PI1M ini dipertanggungjawabkan dan dilaksanakan oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai NuSuara Technologies Sdn Bhd. PI1M merupakan satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  dalam usaha merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan masyarakat Bandar.

 

PI1M Felda Kahang Timur ditempatkan bersebelahan bangunan Balai Raya Felda. Pusat Internet 1 Malaysia(PI1M) ini, mula beroperasi dengan rasminya pada 3 Mei 2010. Setelah beroperasi selama 5 tahun, Pi1M ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja dari komuniti setempat, malah penduduk dari kampung dan taman berhampiran juga gemar menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PI1M Felda Kahang Timur.

 

Dalam usaha menjayakan projek ini, pelbagai program, latihan dan bengkel berasaskan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) dan Bengkel keusahawan telah diperkenalkan dan disebarkan kepada seluruh komuniti secara percuma tanpa mengira peringkat umur. 

 

Kini PI1M Felda Kahang Timur telah diubahsuai dan mempunyai infrastruktur ICT yang lebih lengkap, bertujuan untuk penggunaan dan pembelajaran. Terdapat 20 buah komputer dan 120 Netbook. Manakala, Bilik latihan di PI1M ini juga telah dilengkapi dengan sebuah Smart projektor, skrin layar, papan putih dan dilengkapi dengan penghawa dingin bagi tujuan pembelajaran yang lebih selesa.

 

LOKASI

Mukim: Rengam

Daerah: Kluang

Negeri: Johor Darul Takzim

Bandar/ Pekan Terdekat: Kluang

 

PROFIL PENGURUSAN FELDA

Bilangan Penduduk: 3711 orang

Keluasan : 2388.46 Hektar

Bangsa: Melayu (100 %)

Pengurus : En. Md Said Bin Ahmad

Alamat : Pejabat Felda Kahang Timur, 86000 Kluang Johor.

Penghulu: Hj Mahmood Bin Mon

Alamat Penghulu: Bangunan JKKR Felda Kahang Timur, 86000 Kluang Johor.


MAKLUMAT PI1M DAN KOMUNITI FELDA KAHANG TIMUR

Lokasi

Felda Kahang Timur

UST Area


Daerah

Kluang

Negeri

Johor,Darul Takzim

Populasi

Anggaran 3771 Penduduk

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian, Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan

Jumlah Keahlian PI1M

2159 Orang (Jan 2017)

Lat/Long PI1M

N2.4985,E103.2956

Teknologi

Hub & Spoke - Microwave

Pemberian Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Mula Beroperasi

3 Mei 2010

Maklumat Pengurusan PI1M

Pengurus:

Nama   : Nurihdayah Binti Ahmad

Email    : Nurihdayah@celcom1cbc.com

No Tel  : 012-7995298

 

Penolong Pengurus:

Nama   : Noorlida Binti Nordin

Email    : Noorlida@celcom1cbc.com

No Tel  : 013-2459001

Website PI1M

http://www.celcom1cbc.com/kahang-timur

Wifi Komuniti ( WK )

  1. Zon 1 : Super Wifi @ PI1M Felda Kahang Timur
  2. Zon 2 : 433 Jln Tiong Felda Kahang Timur
  3. Zon 3 : 472 Blok 3 Pkt 4 Felda Kahang Timur
  4. Zon 4 : 286 Jln Merbah Felda Kahang Timur
  5. Zon 5 : C6/78 Rh Kakitangan  Felda Kahang Timur
  6. Zon 6 : 5/78 Rh Kakitangan Felda Kahang Timur
  7. Zon 7 : No 34 Blok 2 Pkt 1 Felda Kahang Timur
  8. Zon 8 : Balai Raya Felda Ulu Dengar
  9. Zon 9 : 174 Blok 8 Pkt 1 Felda Kahang Timur
  10. Zon 10 : 401 Jln Puling  Felda Kahang Timur
  11. Zon 11 : No 55 Jln Bunga Raya Felda Ulu Dengar
  12. Zon 12 : D'Harmoni Tower Felda Ulu Dengar