Ekonomi dan Keusahawanan


Felda sentiasa memastikan dan memantau usahawan sedia ada meneruskan projek agar lebih maju dan berjaya. Setiap usahawan yang ada di Felda Kahang Timur diwajibkan untuk mendaftar perniagaan mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pihak Felda Sentiasa menggalakkan dan memberi kerjasama kepada usahawan-usahawan yang berada di Felda Kahang Timur. Antara langkah membantu usahawan ialah dengan membenarkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan TEKUN diwujudkan di Felda ini dan sentiasa memberi sokongan kepada usahawan agar mengikuti kursus perniagaan dan sentiasa mendapatkan peluang-peluang pasaran bagi mempergiat dan mengaktifkan projek.

PERTANIAN DAN PERLADANGAN

Kebanyakkan tanaman utama Felda di kawasan Johor ialah Kelapa Sawit, begitu juga di Felda Kahang Timur. Namun, ada diantara peneroka yang gemar bertani dan menjadikan hasil bertani salah satu sumber pendapatan mereka seperti tanaman Pisang, lada cili dan pelbagai jenis sayuran. Ada yang menggunakan kawasan persekitaran rumah masing-masing dan ada juga yang meneroka tanah-tanah terbiar yang ada di kawasan felda serta mendapat kebenaran dari pihak pentadbiran Felda.

PENTERNAKAN

Aktiviti penternakan yang dijalankan di Felda Kahang Timur antaranya ialah penternakan lembu, kambing, kambing biri-biri dan ternakan ikan air tawar seperti tilapia merah dan hitam. Terdapat 2 orang penternak lembu dan kambing di felda ini. Setiap penternak lembu di anggarkan mempunyai 150 ekor ke 300 ekor lembu pelbagai jenis. Manakala kambing pula di anggarkan 50 ekor ke 200 ekor. Untuk ternakan ikan air tawar hanya ada seorang pemilik sahaja. Perniagaan mereka sentiasa mendapat sambutan dari penduduk setempat dan penduduk di bandar.


MAKANAN  DAN KEDAI

Bagi perusahaan Makanan pula melibatkan makanan ringan seperti makanan Sejuk beku dan makanan basah. Terdapat 10 orang penerokawati, belia dan wanita generasi ke 2 yang terlibat. Bagi perniagaan kedai , terdapat 7 buah kedai runcit, 11 buah kedai makan dan 2 buah kedai hardware.

 

BENGKEL DAN JAHITAN

 

Selain itu,di felda Kahang Timur juga mempunyai perniagaan perkhidmatan seperti jahitan, bengkel kereta dan motor. 2 orang belia wanita terlibat dengan kedai jahitan manakala bengkel kenderaan pula terdapat 6 buah dikawasan ini.


 

BEKALAN DAN PERKHIDMATAN KERJA PENGISIAN SEMULA ALAT PEMADAM API MUDAHALIH

 

Dikenali sebagai Aa Fire Protection Service merupakan sebuah perniagaan milik sepenuhnya oleh usahawan Azizi Bin Aziz yang merupakan anak Peneroka Generasi Kedua Felda Kahang Timur. Beliau menyahut seruan kerajaan dalam usahasama memperkasa bidang keusahawanan negara. Perusahaan ini telah didaftarkan pada 01 Julai 2005 di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia, di Johor Bahru, Johor dan seterusnya telah diluluskan untuk menjalankan kegiatan perniagaan, serta diberi Sijil Pendaftaran Perniagaan No. JM0433880-U.

 




© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.