Komuniti
Belia
Persatuan Belia Felda Kahang
Timur ( PBFKT) merupakan persatuan yang mewakili belia- belia di dalam Felda
Kahang Timur. Pelbagai aktiviti kerap dijalankan seperti Pertandingan
Futsal,Pertandingan Sepak Takraw,Program Gotong Royong, Program Gunting Rambut
secara percuma dan banyak lagi.Ia bertujuan menarik lebih ramai lagi golongan
remaja dan belia bagi bersama-sama melakukan aktiviti yang berfaedah.
GPWFKT
Merupakan gerakan wanita
yang aktif di setiap felda.Tidak terkecuali di sini, GPWFKT diterajui oleh
kalangan Penerokawati yang giat menjalankan aktiviti. Mereka akan mengadakan
mesyuarat pada setiap bulan untuk memastikan persatuan ini terus bergerak
aktif. Pelbagai aktiviti dijalankan terutama sekali dikawasan persekitaran
Felda. Antara aktiviti yang sering dijalankan adalah seperti marhaban, bacaan
Yassin dari rumah ke rumah,aktiviti gotong royong, melawat warga yang kurang
berkemampuan,,kuliah ilmu dan banyak lagi.
RELA
Berfungsi dalam menjaga aspek
keselamatan komuniti dan penduduk setempat. Menjalin kerjasama yang erat dengan
penduduk bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan dan keselamatan dijalankan.
Selain itu, sekiranya Felda membuat aktiviti seperti Hari Peneroka, Program
Anak Angkat, dan kedatangan Menteri mahupun DUN, pasukan RELA yang akan menjaga
jalan raya dan kawasan setempat untuk memastikan setiap program yang dijalankan
Berjaya dan selamat
JKKR
Merupakan badan yang penting
di setiap kawasan penduduk. Boleh dikategorikan sebagai tulang belakang dan
juga perantaraan diantara penduduk dan juga pihak pentadbiran kawasan selain
menjaga kebajikan serta ekonomi penduduk. Mereka di anggotai oleh peneroka
Felda seperti ketua kampong, ketua-ketua blok dan Staf dari pentadbiran Felda
Kahang Timur.