Pelancongan & Rekreasi

Pusat Kegiatan Kokurikulum Johor – Pusat Kegiatan Kokurikulum Johor terletak di Felda Ulu Dengar dimana hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja dari Felda Kahang Timur.Ia merupakan pusat rekreasi yang dibuka kepada umum khususnya.Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini sebagai contoh aktiviti perkhemahan, team building,kem bina insan dan juga kem motivasi.Dengan prasarana yang lengkap, aktiviti dapat dijalankan dengan pemantauan daripada penduduk setempat yang dilantik untuk memantau setiap aktiviti yang dijalankan.

 



Hutan Lipur Gunung Belumut -  Terletak di dalam kawasan Felda Ulu Dengar bersebelahan dengan Felda Kahang Timur merupakan tempat pelancongan dan rekreasi tumpuan orang ramai ketika musim cuti.Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti pejabat penerangan, pondok rehat, tandas, jambatan gantung, chalet, dewan terbuka, tapak perkhemahan, taman permainan kanak-kanak,surau dan juga gerai menjual makanan. Denai-denai hutan disediakan disepanjang pejalan kaki bagi memudahkan pengunjung yang datang.Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Terletak 32 km dari bandar Kluang iaitu melalui jalan Kluang-Mersing, 148 km dari Bandar Johor Bahru. Pengunjung boleh datang menggunakan kenderaan sendiri dan kawasan meletak kereta yang luas juga disediakan.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.