Pendidikan
Sekolah
Rendah – SK.Kahang Timur ditubuhkan pada bulan Januari tahun 1979
dengan murid seramai 130 orang.Seiring dengan perkembangan semasa, bilangan
murid-murid juga bertambah dari masa ke semasa.SK Kahang Timur dengan anggaran
murid seramai 800 orang merupakan anak-anak serta cucu-cucu daripada peneroka
Felda Kahang Timur sendiri.Pada tahun 1995,sekolah ini dijadikan 1 sesi
sahaja.Ia termasuk Pra Sekolah dan Tahun 1 hingga 6.SK Kahang Timur boleh
dihubungi pada alamat,talian telefon dan juga emel.
Sekolah Kebangsaan (Felda) Kahang Timur
Sek. Keb.LKTP Kahang Timur, P.S.105
86007, Kluang
Johor, Malaysia
Telefon : 077866289
Emel : skktjba2036@yahoo.com.my
Sekolah
Menengah
– SMK Kahang Timur merupakan sekolah menengah yang terdapat di dalam Felda
Kahang Timur.Selain mempunyai bilangan pelajar yang terdiri daripada anak-anak
serta cucu-cucu penduduk setempat,sekolah ini juga mempunyai pelajar dari
kalangan felda yang terdekat seperti Felda Kahang Barat,penduduk sekitar
Kampung Gajah juga anak-anak staff Penjara Kluang. Seperti sekolah-sekolah yang
lain,SMK Kahang Timur hanya mempunyai 1 sesi iaitu sebelah pagi sahaja.
SMK Kahang Timur
Jalan Bangau, Felda Kahang Timur
86007, Kluang
Johor, Malaysia
Telefon : 077866661
Emel : jea2034@gmail.com.my
Giatmara Sembrong
Jalan Tiong, Felda Kahang
Timur,
86000 Kluang,Johor
Telefon :07-77866555
Emel :gmsembrong@giatmara.edu.my
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Dun Kahang – PDK Dun Kahang yang terletak di dalam kawasan Felda Kahang Timur menyediakan latihan serta
pembelajaran bagi golongan kurang upaya (OKU). Merupakan 1 inisiatif daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi
memenuhi keperluan golongan ini supaya mereka tidak terpinggir.PDK Dun Kahang
mempunyai seramai 20 orang pelatih, 4 orang guru serta seorang penyelia bagi
memantau dan menyelia aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat ini.
PDK DUN
Kahang
Bangunan
GPW, Felda Kahang Timur,
86000
Kluang,Johor