Berita & Aktiviti Terkini

Mewarna Bendera Malaysia Didik Jiwa Cintakan Negara

29 August 2017 | Berita Terkini

Pada 29 Ogos bersamaan dengan hari Selasa baru-baru ini, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampong Bharu telah mengadakan Pertandingan Mewarna Bendera Malaysia dan ahli pengurusan PI1M turut memberi penerangan mengenai maksud disebalik bendera Malaysia itu. Pertandingan ini disertai seramai 15 orang kanak-kanak lingkungan usia 9 hingga 12 tahun. Selain itu, pertandingan ini juga diadakan bersempena dengan bulan Ogos iaitu bulan kemerdekaan. Sebelum sesi mewarna dimulakan, ahli pengurusan PI1M memberi sedikit penerangan mengenai maksud disebalik warna dan simbol yang ada di bendera Malaysia berkenaan. Ianya amat penting kerana tanpa penerangan seperti ini mereka... read more

Luah Semangat Kemerdekaan Dalam Bentuk Poster

27 August 2017 | Berita Terkini

Pada 27 Ogos bersamaan hari Ahad baru-baru ini, Pusat Internet 1 Malaysia (P1IM) Kampong Bharu telah mengadakan aktiviti bersempena dengan bulan kemerdekaan iaitu sebuah pertandingan "Mencipta Poster Kemerdekaan dan Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)". Seramai 15 orang peserta melibatkan diri dalam pertandingan ini dan mereka terdiri daripada ahli PI1M Kampong Bharu malah penduduk sekitar sini juga. Mereka begitu teruja dan tidak sabar untuk meluahkan bakat masing-masing bersempena hari kemerdekaan ini di dalam bentuk poster yang bakal dihasilkan. Masa yang diberikan untuk pertandingan ini bermula dari jam 3 petang hingga 5.30 petang. Aktiviti... read more

Apa itu Web Sebenarnya.my?

24 July 2017 | Berita Terkini

Pada 24 Julai bersamaan hari Isnin telah berlangsungnya sebuah program Kuiz Apa Itu KDB & Pengenalan Web Sebenarnya.my. Apa ya web Sebenarnya.my ni? Pasti ramai tidak mengetahui mengenainya lagi kan. Jadi dengan ini kami kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampong Bharu ingin memperkenalkan apakah sebenarnya web Sebenarnya.my ini. Web Sebenarnya.my ini adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak dan melapor berita yang tidak ditentusahkan, yang diterima secara dalam talian melalui platform media social, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang dan lain-lain. Dengan kewujudan portal ini diharap gejala penularan berita... read more

Pertandingan Menaip Uji Kepantasan Peserta

28 July 2017 | Berita Terkini

Baru-baru ini pada 28 Julai 2017 bersamaan hari Jumaat, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampong Bharu telah mengadakan pertandingan "Typing Challenge" iaitu sebuah pertandingan untuk menguji kepantasan peserta golongan anak muda khususnya untuk menaip dengan pantas.                              Ianya adalah bertujuan untuk melatih diri peserta supaya lebih cekap menaip di komputer. Antara perisian yang digunakan adalah Microsoft Word. Selain menguji kepantasan peserta menaip, ianya juga dapat mengajar peserta mengenai asas-asas Microsoft Word. Antara peserta yang terlibat adalah kanak-kanak berusia lingkungan 12 hingga 15 tahun yang juga ahli PI1M Kampong Bharu. Pertandingan ini berjalan... read more

Riang Raya Kad Raya

19 June 2017 | Berita Terkini

Pada 18 Jun baru-baru ini telah berlangsungnya Pertandingan Membuat Kad Raya Aidilfitri dan Advokasi di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampong Bharu. Aktiviti ini diadakan bersesuaian dengan hari raya yang bakal menjelma tidak lama sahaja lagi.                                               Selain itu, pertandingan ini juga adalah untuk menguji kemahiran dan kekreatifan para peserta malah dengan wujudnya program sebegini ianya akan membuatkan kanak-kanak khususnya akan lebih menghargai kewujudan kad raya dimana ianya semakin pupus di zaman teknologi serba canggih kini.                                      Pertandingan ini berlangsung selama hampir 2 jam dan kehadiran para peserta amat memberangsangkan. Aktiviti dimulakan dengan pengenalan apa itu... read more

Cari Perkataan Tersembunyi & Klik Dengan Bijak

21 June 2017 | Berita Terkini

Pada 21 Jun baru-baru ini telah berlangsungnya satu program di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampong Bharu iaitu Pertandingan Word Search Klik Dengan Bijak.                                Program ini turut menyelitkan sesi advokasi dengan persembahan beberapa video Klik Dengan Bijak kepada para peserta sebelum pertandingan Word Search dimulakan. Peserta yang menyertai program ini adalah seramai 8 orang dimana mereka terdiri daripada usia 11 hingga 13 tahun dan merupakan ahli PI1M Kampong Bharu.                      ... read more

Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak

25 May 2017 | Berita Terkini

Pada 25 Mei baru-baru ini telah berlangsungnya satu taklimat advokasi Klik Dengan Bijak di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampong Bharu. Program taklimat itu diadakan dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah ahli PI1M Kampong Bharu yang terdiri daripada usia 15 hingga 17 tahun.   Sesi taklimat ini dimulakan dengan penerangan mengenai Klik Dengan Bijak kepada para peserta. Ahli Pengurusan PI1M juga adalah selaku moderator yang menyampaikan taklimat itu. Sepanjang berlangsungnya program berkenaan, peserta juga ditunjukkan beberapa video berkenaan Klik Dengan Bijak seperti "Check Your Label" dan "Oversharing". Selesai sahaja taklimat, peserta... read more

Sambutan Teka Silang Kata KDB Meriah

28 May 2017 | Berita Terkini

Pada 23 Mei 2017 bersamaan hari Selasa baru-baru ini Pusat Internet 1 Malaysia Kampong Bharu telah mengadakan satu pertandingan Teka Silang Kata Klik Dengan Bijak (KDB). Sambutan yang diterima cukup meriah.                          Pihak pengurusan PI1M Kampong Bharu memulakan program dengan memberi taklimat berkenaan Klik Dengan Bijak (KDB) dan beberapa slide beserta video dipaparkan kepada para peserta. Program ini pada masa sama ianya bertujuan untuk memberi kesedaran berkenaan keselamatan di internet dan pengetahuan kepada para peserta mengenai Klik Dengan Bijak.                         Program ini berlangsung selama dua jam iaitu dari jam 3 hingga 5 petang malah... read more

Majlis Bacaan Yassin 1.0

27 April 2017 | Berita Terkini

Pada 23 April 2017 bersamaan hari Ahad baru-baru ini, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampong Bharu telah mengadakan program bacaan yasin buat pertama kalinya bersama penduduk sekitar Kampong Bharu. Majlis bacaan Yasin ini telah diadakan di Dewan Orang Ramai Sungai Baru dimana ianya terletak bersebelahan sahaja dengan PI1M Kampong Bharu.  Majlis bacaan yasin ini bermula selepas selesai sahaja solat zuhur dalam jam 2 petang dan diketuai oleh Puan Norliza Zakaria yang juga salah seorang penduduk daripada Kampong Bharu.  Tujuan utama bacaan yasin ini adalah untuk mengeratkan silaturahim penduduk, merapatkan ukhuwah di antara pihak pengurusan... read more

Warna Warni Poster Klik Dengan Bijak

20 April 2017 | Berita Terkini

Pada 16 April 2017 baru-baru ini, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kampong Bharu telah mengadakan program "Mewarna Poster Klik Dengan Bijak'' yang disertai oleh enam orang kanak-kanak dimana mereka juga adalah ahli Pusat Internet 1 Malaysia Kampong Bharu.                                             Program mewarna ini juga disamping dapat mengeratkan silaturahim penduduk ianya juga adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan muda mengenai pentingnya teknologi pada masyarakat masa kini malah ia juga dapat memupuk sifat bertanggungjawab di dalam... read more

lagi berita & aktiviti