BENGKEL VIDEOGRAFI & FOTOGRAFI

10 August 2016 | Berita Terkini

PI1M Daerah Kunak dan PI1M Daerah Tawau telah bekerjasama mengadakan Bengkel Videografi dan Fotografi yang telah diadakan di PI1M Pekan Kunak pada 10 Ogos 2016. Bengkel yang dihadiri oleh seramai 8 orang staf PI1M; Pengurus dan Pen. Pengurus PI1M Pekan Kunak, PN. Farah Liyana, En. Mohd Yusuf Miru, Pengurus PI1M Kg. Lormalong, Pn. Hamiatie Abd Hamid, Pengurus PI1M Kg. Kadazan, Cik Juleah Rente, Pengurus PI1M Kg. Airport, En. Azizul Karamdin dan Penolong Pengurus PI1M Kg. Hampilan, En. Azman Alih. Bengkel ini telah dijalankan dengan bantuan 3 orang tenaga pengajar dari PI1M Daerah Tawau dengan lebih menekankan kepada aktiviti pembikinan video yang berkualiti serta teknik mengambil gambar dengan kaedah yang lebih menarik dan professional.

Bengkel yang diadakan sepanjang 7 jam ini merangkumi teknik penulisan ‘storyboard’ yang berkesan yang disampaikan oleh Pengurus PI1M PPR Sri Balung, saudara Darwan Syah. PEnulisan ‘storyboard’ yang berkesan dan menarik perlu menggunakan kemahiran penceritaan yang kreatif oleh team produksi bagi sesebuah video. Perbincangan yang teliti dan difikirkan menarik amat perlu untuk membuat video yang menarik.

Program ini diteruskan dengan teknik mengambil gambar yang menarik dan professional yang disampaikan oleh Pen. Pengurus PI1M PPR Sri Balung, saudara Rahman. Slot ini memberi penekanan kepada teknik penggunaan kamera SLR secara manual. Teknik ISO, Shutterspeed & Aperture yang seimbang adalah amat perlu untuk menghasilkan sebuah gambar terbaik dan berkualiti. Kamera SLR yang digunakan pada bengkel ini adalah kamera yang berkualiti yang juga digunakan oleh team PI1M Tawau untuk video Komuniti Pintar. Selain itu, teknik metering juga adalah perlu untuk mengambil gambar yang berkualiti. Dan sebagai kesimpulannya, 3 teknik utama; ISO, Shutterspeed dan Aperture perlu mahir diseimbangkan oleh jurugambar bagi hasil gambar yang berkualiti tinggi.

Slot Videografi yang menarik disampaikan oleh saudara Fadzwan, merupakan Penolong Pengurus PI1M PPR Sri Titingan. Beliau merupakan seorang videographer yang kini mula dikenali disekitar daerah Tawau. Beliau pernah menghasilkan sebuah video muzik artis Faizul AF. Dalam bengkel ini, saudara Fadzwan memberi pengenalan mengenai ‘storyboard’ yang telah dihasilkan sebagai garis panduan untuk menghasilkan sebuah video. Selain itu, turut diperkenalkan termasuklah teknik ‘basic camera’, ‘movement’, ‘angle’, penggunaan ‘lense’, ‘tripod’, ‘equipment tambahan’ serta penggunaan software untuk menghasilkan sebuah video yang menarik dan professional. Slot ini memberi pendedahan kepada peserta yang hadir untuk mengetahui cara-cara mengambil video yang berkualiti. Melalui slot ini, peserta yang hadir juga diberikan sebuah task untuk menghasilkan sebuah video temuramah berdurasi 3 minit untuk dimuatnaik ke laman Komuniti Pintar Kunak. Melalui kaedah ‘hands-on’ ini, peserta yang hadir lebih memahami konsep dan teknik yang tepat untuk mengambil video dari pelbagai sudut.

Walaupun bengkel ini merupakan bengkel yang ringkas, namun input-input yang disampaikan sedikit sebanyak dapat membantu PI1M Kunak untuk meningkatkan ‘skill’ mengambil gambar dan video yang menarik dan professional. Diharapkan ilmu ini juga dapat disampaikan kepada ahli-ahli PI1M kearah menghasilkan video usahawan, mahupun video kreatif dikalangan pelajar.