ENTERPRENEURSHIP CLASS

22 October 2016 | Berita Terkini

      Seramai 5 orang peserta yang merupakan ahli PI1M Kg Airport telah menyertai Kelas Keusahawanan anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Kg Airport,. Kelas ini diadakan selama 16 jam bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang  pada 21 - 22 Oktober 2016  bersamaan hari Jumaat & Sabtu bertempat di bilik latihan, PI1M Kg Airport. 

      Modul keusahawanan ini melibatkan 5 slot seperti pengenalan asas perniagaan, pemasaran melalui media sosial, pemasaran melalui Facebook, cara-cara membuat kain rentang (poster) dan juga blog. Melalui kelas latihan ini, para peserta diajar untuk memasarkan produk perniagaan mereka melalui media-media ini agar perniagaan mereka dapat berkembang dan mendapat sambutan.

      Program seperti ini dapat menggalakkan para peserta untuk melebarkan sayap perniagaan untuk memasarkan perniagaan mereka ke satu tahap yang lebih maju. Semoga latihan ini dapat di teruskan di masa akan datang. Kami juga berharap agar melalui latihan keusahawanan ini sedikit sebanyak dapat membantu para peserta. Harapan kami agar lebih ramai masyarakat yang berminat dalam bidang keusahawanan ini dapat melibatkan diri untuk mengikuti kelas anjuran kami ini.