GOTONG-ROYONG PI1M

18 October 2016 | Berita Terkini

      PI1M Kg. Airport telah membuat satu aktiviti Gotong-royong PI1M pada 18 Oktober 2016. Aktiviti bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Program ini telah diadakan di PI1M Kg. Airport, Kunak, Sabah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membersih dan menceriakan kawasan dalam luar PI1M Kg. Airport disamping mengeratkan hubungan silaturahim antara pegawai dan pengguna PI1M yang terlibat.

      Seramai 8 orang ahli yang tinggal berdekatan dengan PI1M telah menyertai aktiviti ini. Beberapa kumpulan telah dibentuk dan diketuai oleh seorang ahli PI1M. Setiap kumpulan diberikan tugas yang berbeza. Antaranya termasuklah mengumpul sampah, menyapu dan sebagainya.
Semua sampah-sarap akan dikumpulkan di tempat khas yang telah disediakan di belakang PI1M.

      Aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada semua. Antaranya seperti mengawal pembiakan nyamuk aedes melalui timbunan sampah dan tankungan air parit sekitar PI1M, memberi keselesaan sepanjang berada di dalam dan luar PI1M, mewujudkan suasana PI1M yang harmoni dan sejahtera, mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan PI1M dan pengguna PI1M yang sering datang. Pihak PI1M juga akan meneruskan aktiviti sebegini pada masa-masa akan datang.